Now Reading
[Video] Guru Gunting Tudung Labuh Pelajar Perempuan, Katanya Sebab Ikut Trend?

[Video] Guru Gunting Tudung Labuh Pelajar Perempuan, Katanya Sebab Ikut Trend?

Difahamkan, tudung tersebut digunting di bahagian belakang kerana mengikut fesyen ‘ekor pari’ dan terjuntai sehingga melanggar peraturan sekolah.

[Video] Guru Gunting Tudung Murid Sekolah Kerana Didakwa Ikut Trend Menyalahi Peraturan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, setiap institusi pendidikan mempunyai peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.

Antara peraturan yang umum kita semua sedia maklum adalah murid-murid tidak boleh membawa telefon bimbit ke sekolah serta pelajar lelaki juga tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang.

Sebelum ini, tindakan seorang guru yang menggunting rambut murid lelaki di sebuah sekolah mendapat pelbagai reaksi daripada ibu bapa.

Ada juga ibu bapa yang beri cadangan seperti memanggil tukang gunting dan membayar denda.

BACA JUGA: “Anak Kau Raja Ke?” – Isu Parents Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah Dikecam Netizen

Guru Gunting Tudung Labuh Pelajar Perempuan Yang ‘Berekor’

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di laman TikTok (@arasjasasb) menunjukkan tindakan seorang guru sekolah menggunting tudung pelajar perempuan di bahagian belakang.

Difahamkan, tudung tersebut digunting di bahagian belakang kerana telah mengikut fesyen ‘ekor pari’ dan terjuntai sehingga melanggar peraturan sekolah.

Dalam video tersebut, pelajar perempuan itu juga dipercayai sedih dengan tindakan gurunya itu sehingga mengalami gangguan emosi selepas dia dilihat menutup muka di atas meja di dalam kelas.

Walau bagaimanapun, lokasi kejadian masih belum dikenali pasti.

Tindakan Guru Gunting ‘Ekor’ Tudung Pelajar Perempuan Raih Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, pelbagai persoalan dan pandangan diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video yang menjadi kontroversi itu.

Ada yang berpendapat tindakan guru berkenaan sehingga menyebabkan gangguan emosi kepada pelajar agak keterlaluan.

Pada masa sama, segelintir mereka pula memuji sikap guru itu yang masih menggunting tudung dengan cantik meskipun telah melanggar peraturan sekolah.

Tukang Jahit Pakaian Muslimah Beri Pendapat Tentang Isu Gunting Tudung Pelajar

Selepas isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat, seorang tukang jahit pakaian muslimah terpanggil untuk memberi pandangan terhadap isu yang berlaku.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (Nur Eizyan Nazura), wanita ini berharap kesemua tukang jahit yang mengambil tempahan tudung sekolah untuk cakna dengan perkara tersebut.

Untuk tudung sekolah yang labuh, tidak dibenarkan berekor dan perlu dijahit bulat di bahagian bawah mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

Sebagai tukang jahit pakaian muslimah, saya rasa patut untuk saya kongsikan perkara ini kepada semua tukang jahit yang mengambil tempahan tudung sekolah. Tudung sekolah labuh tidak boleh berekor sangat.

Tukang jahit pakaian muslimah, Nur Eizyan Nazura.

Semoga isu ini menjadi pengajaran untuk kita semua. Bukan sahaja kepada murid dan tukang jahit, malah ibu bapa juga perlu mengambil tahu tentang peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak mereka.

BACA JUGA: [Video] Guru Lempar Telefon Murid Dalam Api, Ramai Anggap Perbuatan Itu Melampau

BACA JUGA: Cikgu Terkilan Murid Darjah 6 Maki Dengan Kata-kata Kesat

BACA JUGA: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd