Now Reading
PDRM Siasat Video Viral Bendera Malaysia & Israel Dikibar Bersama

PDRM Siasat Video Viral Bendera Malaysia & Israel Dikibar Bersama

Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan tentang isu penyebaran klip video yang jelas menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan dalam masa yang sama bendera Malaysia dikibarkan seiring dengan bendera Israel.

Video tersebut telah mula tersebar di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood menjelaskan bahawa siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada jam 11.20 malam, Selasa lalu.

Pengadu memberitahu dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam satu kumpulan WhatsApp sebelum tampil membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel. Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan.

Kenyataan Media oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Mengulas lanjut, pihak polis turut menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam. Klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang.

Kenyataan Media oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Tambahan pula, ada pihak yang menjelaskan bahawa semasa lawatan di Tasik Galilee dengan bot berkenaan, kapten bot pada ketika itu telah memainkan lagu Negaraku dan menaikkan bendera Malaysia.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd