Pihak Polis Tahan Remaja Lelaki Cabul Gadis 12 Tahun Dalam Lif Di Putrajaya
Suspek remaja lelaki berusia 19 tahun itu didakwa telah meraba dan mencium pipi gadis 12 tahun di dalam sebuah lif kediaman di Presint 5, Putrajaya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kes gangguan terhadap golongan wanita terutamanya melibatkan kanak-kanak bawah umur semakin merisaukan selepas banyak kes dilaporkan di Malaysia.
Terdahulu, seorang wanita menceritakan pengalaman traumanya akibat diganggu secara seksual oleh pemandu e-hailing ketika berada di tengah-tengah lebuh raya.
Dalam aduannya kepada syarikat e-hailing tersebut, wanita berkenaan berkata pemandu itu membuat komen yang agak tidak senonoh tentang penampilannya.
BACA JUGA: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya
Remaja Lelaki 19 Tahun Cabul Gadis Darjah 6 Dalam Lif Kediaman
Baru-baru ini, seorang gadis perempuan 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya selepas dia dipercayai menjadi mangsa cabul oleh seorang remaja lelaki di dalam sebuah lif kediaman di Presint 5, Putrajaya.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz memaklumkan kejadian pada Rabu lalu (23 November) itu berlaku ketika dia ingin turun membelikan ubat kepada ahli keluarganya yang demam panas.
Menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@narshAli), lif yang dinaiki oleh mangsa perempuan itu juga dinaiki oleh suspek lelaki yang memakai topi berwarna merah.
Mangsa memberitahu ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan, dia telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek lelaki.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.
Asmadi juga memberitahu suspek kemudiannya terus melarikan diri di tingkat empat blok kediaman itu dan turun semula ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki kereta.
Remaja Lelaki Itu Kini Sudah Diberkas Oleh Pihak Polis
Susulan kejadian itu, ibu kepada mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya semalam (24 November).
Siasatan awal mendapati suspek merupakan remaja berusia 19 tahun dan merupakan anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.
Hasil usaha orang ramai membantu kes tersebut, remaja lelaki itu berjaya diberkas di Pasar Kajang semalam dan pihak polis akan memohon reman hari ini (25 November) untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
BACA JUGA: Guru Mengaji 74 Tahun Didakwa Rogol Dua Beradik Di Pulau Pinang
BACA JUGA: Rogol 13 Pelajar, 8 Hamil. Guru Agama Dihukum Gantung Sampai Mati
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.