Now Reading
[Video] Lelaki Ini Dedah Sisi Gelap Forex, Dakwa Ia Taktik Pikat Orang Untuk Sertai

[Video] Lelaki Ini Dedah Sisi Gelap Forex, Dakwa Ia Taktik Pikat Orang Untuk Sertai

Lelaki itu mendakwa kekayaan yang dimiliki oleh influencer yang menyertai Forex adalah ditanggung oleh pengasas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anda pernah tak nampak iklan Forex (FX) atau ‘Foreign Exchange’ di YouTube ataupun media sosial? Boleh tahan banyak juga kan?

Berdasarkan sumber dari laman web FBS, Forex merupakan pasaran kewangan melibatkan jual beli matawang pelbagai negara yang dibuka selama 24 jam sehari, lima hari seminggu dan beroperasi di seluruh dunia secara dalam talian.

Namun perniagaan Forex ini difatwakan sebagai haram di negara ini dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98.

BACA JUGA: “Saya Dah Cuci Tangan” – Zizan Razak Umum Tinggalkan Dunia Forex [Video]

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Fintech News Malaysia)

Lelaki Ini Dakwa Influencer Tunjuk Kaya Kerana Forex Sebenarnya Ditaja ‘Founder’?

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@tomqurus), seorang lelaki ketika membuat ‘live’ mendakwa ada influencer yang hanya berpura-pura di sebalik kekayaan mereka selepas menyertai Forex.

Lelaki berkenaan mengatakan kemewahan tersebut seperti rumah banglo besar, kereta jenis ‘supercar’ itu sebenarnya ditaja oleh individu yang digelar ‘founder’.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Carsifu/Astro Awani)

Malah, pemuda tersebut juga mendakwa influencer ini diberikan kemewahan itu untuk menarik lebih ramai orang di luar sana untuk menyertai mereka.

Difahamkan lebih ramai yang mendaftar di bawah nama mereka, lebih banyak keuntungan yang diperolehi untuk menjana pendapatan.

Di akhir video, dia sempat memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan Forex ini dan perlu membuka minda mereka sebelum menyertai sesuatu perniagaan.

@tomqurus

Brader ni bongkarkan modus operandi funder/broker forex #forex #trading #influencer

♬ original sound – Tom Qurus – Tom Qurus

Aisar Khaled Bidas Balik Dakwaan Influencer Sertai Forex Untuk Tarik Lebih Banyak Untung

Dalam satu lagi perkongsian video yang dimuat naik, seorang influencer dikenali sebagai Aisar Khaled membidas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki sebelum ini.

Aisar mendakwa segala tohmahan yang dikeluarkan itu tidak benar, malah dia menjelaskan bahawa gerangan di sebalik ‘founder’ dan ‘broker’ dalam Forex itu hampir sama seperti agen dan pengasas produk.

Dia juga menjelaskan segala kekayaan yang dimilikinya sekarang adalah atas usahanya dan bukan diberikan oleh mana-mana pihak.

@tomqurus

Replying to @Gonzales brader ni bidas balik isu ib broker. #forex #influencer #broker

♬ original sound – Tom Qurus – Tom Qurus

Untuk rekod, Aisar Khaled sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi yang menjadi perbualan rakyat Malaysia. Antara isu yang pernah timbul melibatkan influencer ini adalah ketika dia cuba untuk mengislamkan seorang lelaki.

BACA JUGA: [Video] Instafamous Tampil Perjelas Isu Viral Islamkan Seseorang

Isu Ini Raih Pelbagai Pendapat, Ada Yang Setuju & Ada Juga Tak Setuju

Di ruangan komen video lelaki tersebut, ramai yang memberikan pendapat mereka tentang isu ‘founder’ dan ‘broker’ Forex ini.

Ada yang mendakwa ‘broker’ ini memang sudah lama wujud tetapi bukan semuanya mempunyai perilaku yang sama seperti apa yang dikatakan.

Malah, ada juga yang merupakan bekas ‘broker’ pula katanya sudah berhenti daripada menyertai perdagangan matawang tersebut.


Hukum Sertai Perdagangan Forex

Memetik sumber daripada Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Mufti Perlis, kedua-dua pihak secara jelas mengeluarkan pendapat bahawa perdagangan Forex ini adalah HARAM.

Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain (الصرف) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض).

Namun, perdagangan mata wang secara online melalui platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan atas sebab-sebab berikut:

  • Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض).
  • Wujud unsur riba.
  • Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan.
  • Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung kepada ramalan pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd