Now Reading
[Video] Misteri Tangga Tinggi Di Lebuhraya PLUS Akhirnya Terungkai

[Video] Misteri Tangga Tinggi Di Lebuhraya PLUS Akhirnya Terungkai

Pengguna TikTok ini akhirnya berjaya merungkai ‘misteri’ tangga yang berada di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) selepas memanjat lebih 200 anak tangga untuk sampai ke puncak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa yang selalu guna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk pulang ke kampung di sebelah utara Malaysia mesti akan perasan satu tangga tinggi kan?

Mesti ramai yang tertanya-tanya tapi tak berpeluang untuk ‘menyiasat’ sendiri ke mana lokasi yang dibawa oleh tangga tersebut.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@meggikare) telah merungkai sendiri persoalan ini apabila dia telah memanjat tangga yang berada di tepi lebuhraya berkenaan.

Dalam video itu, lelaki dikenali sebagai Izzathafiy itu menceritakan dia terpaksa memanjat tangga yang tinggi tersebut dan dianggarkan lebih 200 anak tangga juga untuk sampai ke puncak.

Setibanya di puncak tangga, terdapat pondok rehat berbumbung serta bangku kecil di atas rumput yang dikelilingi pokok-pokok.

Kalau tengok suasana dari atas tangga itu, boleh hilang rasa penat memanjat tangga tadi sebab pemandangannya cukup memukau. Siap nampak keindahan banjaran, bukit-bakau dan juga lebuh raya.

Video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Pengguna Media Sosial Berterima Kasih Ada Yang Sanggup ‘Bongkar’ Misteri Tangga Lebuhraya PLUS

Di ruangan komen video berkenaan, ramai yang teruja dan berterima kasih kepada pengguna TikTok tersebut kerana telah membantu menjawab ‘teka-teki’ mereka selama ini.

Ada juga yang sempat bergurau kononnya pengorbanan lelaki ini telah menyelamatkan kakinya daripada perlu memanjat beratus anak tangga untuk sampai ke puncak.

Malah ada yang mendakwa lokasi tangga ini dikenali sebagai Vista Point yang berada di sebelah kanan sebelum memasuki Terowong Menora.

Akhirnya, terjawab juga persoalan semua orang ya. Kalau tidak, tak tidur malam agaknya berfikir ada apa di tangga itu.

Kalau anda nak terokai sendiri tangga di lokasi berkenaan, berhati-hati dengan keselamatan pengguna jalan raya yang lain ya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd