TikTok Sekat Kandungan Berunsur Keganasan Melibatkan Tragedi 13 Mei
Sesi ‘live’ TikTok Fahmi Reza didakwa disekat selama 10 minit selepas ramai yang membuat laporan ketika dia sedang cuba memperbetulkan maklumat tentang tragedi 13 Mei 1969.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Isu politik di Malaysia kini menjadi topik hangat semua golongan masyarakat tidak kira muda atau tua selepas selesai hari pengundian pada 19 November lalu.
Mana tidaknya, ramai berdebar menantikan pembentukan kerajaan seterusnya yang bakal mencorak perkembangan Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketika rakyat masih menunggu keputusan rasmi yang belum dikeluarkan sehingga kini, beberapa isu melibatkan perkauman telah dibangkitkan oleh pengguna media sosial.
Fahmi Reza Perbetul Salah Faham Tragedi 13 Mei Tetapi ‘Live’ TikTok Disekat
Tragedi 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 lalu kembali menjadi perbualan masyarakat di Malaysia selepas banyak salah faham tentang isu ini disebarkan di platform
Di platform TikTok, ramai pengguna didakwa telah mengaitkan tragedi 13 Mei dengan pemilihan sebuah parti politik sehingga menimbulkan isu perkauman.
Berikutan itu, seorang aktivis Fahmi Reza dilihat membuat ‘live’ di akaun TikTok miliknya (@kuasasiswa) dan cuba memperbetulkan salah faham tragedi 13 Mei yang disebarkan.
Dalam ‘live’ tersebut, masih ramai yang tidak berhenti memberikan maklumat yang salah tentang tragedi berkenaan di ruangan komen.
Malah, ada juga yang tidak bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh Fahmi sehingga aktivis ini perlu menunjukkan bahan bacaan yang menjadi sumbernya.

Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk menekan butang ‘report’ ketika siaran langsung itu.
Tidak lama selepas itu, ‘live’ tersebut terhenti selama 10 minit kerana didakwa telah disekat oleh pihak TikTok.
Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (@saaasni) dan juga mendapat perhatian ramai.
Fahmi @kuasasiswa share pasal 13 mei yang sebenar, disebabkan terlalu banyak misinformation di tiktok, dan ramai misinformation pasal 13 mei di comment section live beliau, terus report kena beramai2 & live terus kena blocked? Apa benda ni? pic.twitter.com/3I9ezlQiFV
— Shazni 🏴 (@saaasni) November 21, 2022
Orang Ramai Minta Hentikan Hasutan Berunsur Perkauman
Hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Twitter tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan hasutan berunsur perkauman yang kini menjadi perbalahan.
Mereka turut mempersoalkan tindakan pihak TikTok yang telah menyekat live dilakukan oleh Fahmi Reza bagi memperbetulkan semula salah faham dan persepsi tentang tragedi 13 Mei 1969.
Apa benda ni @tiktokmy ??
— Zulfadzli (@bumilangit) November 21, 2022
Moderator @tiktokmy ni buat kerja mcm mana? Asalkan orang banyak report terus ban ke? Alahai kerja mcm tu je? Dgr kata moderator TikTok ni manusia, ke BOT je? Tak paham betul!
— Azrin Ahmad (@azrinsunbae) November 21, 2022
Admin @tiktokmy buat pekak ke apa ni?
— Adzman Kamaruddin (@adzman86) November 21, 2022
Kesiannya 🥺
— A H M O I 💕 (@awinrusli) November 21, 2022
Tiktok yg penuh pasal agama/perkauman by belia extremist PN tak nak pula block. Dah terang2 mengugat keharmonian Malaysia. Tak faham ah 😡
Malah pengguna media sosial yang lain turut bertindak membuat laporan terhadap beberapa video yang didakwa secara terang-terangan memainkan sentimen agama dan kaum.
Aku report video2 yg terang2 mengugut 13 mei, mainkan sentimen agama dan kaum, Tiktok says no violation. pic.twitter.com/qkusC7oV7P
— Klaiv (@Kuraivu2) November 21, 2022
TikTok Sekat Dan Buang Kandungan Berunsur Ekstremisme Ganas Melibatkan Peristiwa 13 Mei
Pihak TikTok telah mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa kandungan yang dikaitkan dengan perisitiwa 13 Mei.
TikTok menyatakan mereka tidak bertolak ansur dengan sebarang ucapan berunsur kebencian dan juga ekstremisme ganas berbentuk video, audio, strim langsung, imej, ulasan, pautan atau teks.
Memandangkan sesi live tersebut berkaitan dengan kandungan peristiwa 13 Mei, kami segera mengalih keluar video yang melanggar Garis Panduan Komuniti yang ditetapkan. Ini kerana kami perlu lebih berwaspada dengan menyekat sebarang kandungan yang bersifat agresif.
TikTok.
Pengguna TikTok juga boleh menggunakan melaporkan sebarang kandungan berbahaya dengan cara mengklik pada butang ‘Report‘.
Menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pihak kami sentiasa berkomunikasi dengan organisasi berkaitan termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan akaun yang terlibat dalam melanggar peraturan beberapa kali di platform ini.
TikTok.
Tragedi 13 Mei 1969
13 Mei 1969 mencatat sejarah hitam buat Malaysia dan pastinya tidak dapat dilupakan kerana pada ketika itu telah berlakunya pertumpahan darah dan kacau bilau yang sangat dahsyat.
Tragedi 13 Mei ini merupakan satu krisis perkauman terbesar di Malaysia melibatkan kaum Melayu, Cina dan India sehingga mengakibatkan kematian 196 orang manakala 149 orang tercedera.

Insiden tersebut dikatakan berlaku selepas parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor ketika Pilihanraya Umum (PRU).
Semua berlaku atas salah faham yang bermula dengan perarakan kematian seorang warga emas akibat sakit tua di Jinjang, Kepong yang mendapat keizinan pihak polis.
Namun perarakan kematian tersebut telah bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina bangsa Melayu pula.
Meskipun Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia iaitu Yeoh Tech Chye yang bertanding dan menang di kawasan Bukit Bintang di bawah parti Gerakan telah memohon maaf atas ketelanjuran ahli-ahlinya, tetapi tindakan tersebut dilihat sudah terlambat kerana masyarakat Melayu dan Cina sudah mula bergaduh.

Semoga tragedi 13 Mei ini menjadi pengajaran besar buat semua rakyat Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya dibangkitkan semula untuk tujuan tidak sepatutnya.
Paling penting, kita kena banyakkan membaca supaya tidak mudah tertipu atau terpengaruh dengan sumber yang tidak tepat.
BACA JUGA: PRU15: “Kita Sokong” – DAP Bersama Keputusan PH Untuk Gabung Dengan BN
BACA JUGA: PRU15: GPS Kemuka Cadangan Tubuh Kerajaan Gabungan PN, BN & GRS
BACA JUGA: PRU15: ‘SD Tak Sign Lagi, Kita Borak-borak Macam Biasa Dengan PH’ – Ismail Sabri
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.