Now Reading
[Video] Tanam Bapa Dalam Pasir Pantai, Ikhtiar Keluarga Ini Nak Bapa Sembuh Dari Strok Jadi Perhatian

[Video] Tanam Bapa Dalam Pasir Pantai, Ikhtiar Keluarga Ini Nak Bapa Sembuh Dari Strok Jadi Perhatian

Keluarga ini mencuba ikhtiar dengan ‘menanam’ sebahagian badan bapa mereka ke dalam pasir pantai untuk memulihkan masalah saraf akibat penyakit strok.

tanam pesakit strok dalam pasir pantai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak ada siapa nak tengok ahli keluarga mereka jatuh sakit, betul tak? Lebih-lebih lagi kalau ibu bapa kita pula yang ditimpa dugaan tersebut.

Setiap pesakit pasti berharap untuk sembuh secepat mungkin agar dapat menjalani kehidupan normal seperti individu biasa.

Yang penting, ikut nasihat doktor dan ikhtiar sehabis mungkin.

Keluarga Ini Ikhtiar Sembuhkan Bapa Sakit Strok Dengan ‘Tanam’ Dalam Pasir Pantai

Baru-baru ini, tular perkongsian video di TikTok menunjukkan beberapa ahli keluarga sedang berusaha untuk merawat penyakit saraf bapa mereka yang sedang mengalami masalah strok.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@sueee_89), mereka sekeluarga dilihat menggunakan perkhidmatan jengkaut untuk menggali pasar di Pantai Sungai Ular, Kuantan, Pahang bagi membolehkan sebahagian badan si bapa dapat ditanam.

Katanya jengkaut itu milik salah seorang ahli keluarga mereka.

Pemilik video ini juga menjelaskan pada awalnya bapa mentua sudah tidak larat untuk berjalan, tetapi ikhtiar mereka didakwa membuahkan hasil selepas dia kini boleh berjalan semula.

https://www.tiktok.com/@sueee_89/video/7164184657356000539?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Rupanya Ramai Yang Pernah Ikhtiar Cara Yang Sama

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang berkongsi pengalaman mereka pernah mencuba ikhtiar sama bagi merawat ahli keluarga dari masalah strok.

Katanya kalau ‘tanam’ waktu pagi lagi elok sebab boleh dapat vitamin dari cahaya matahari.

Pada masa sama, pengguna media sosial juga mendoakan agar lelaki itu dipermudahkan urusan untuk kembali sembuh seperti biasa.

NOTA KAKI: Cara ini tidak semestinya membuahkan hasil. Tetapi tak salah kalau anda mahu ikhtiar dan mencuba pelbagai cara alternatif.

BACA JUGA: Gadis Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pasangan Kerana Penyakit Talasemia

BACA JUGA: Awas! Penyakit Kawasaki Lebih Risiko Jangkiti Kanak-kanak Lelaki & Boleh Ragut Nyawa

BACA JUGA: Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd