Now Reading
[Video] Siap Boleh Pusing, Anak Tercabar Tengok Mak Umur 62 Tahun ‘Power’ Roller Skate

[Video] Siap Boleh Pusing, Anak Tercabar Tengok Mak Umur 62 Tahun ‘Power’ Roller Skate

Wanita berusia 62 tahun itu boleh bermain roller skate tanpa kekok dan meluncur dengan laju. Siap boleh berpusing lagi ya!

[Video] Siap Boleh Pusing, Anak Tercabar Tengok Mak Umur 62 Tahun 'Power' Roller Skate

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa kat sini pernah main roller skate? Kalau anda pertama kali main, memang akan kekok sikit pada mulanya kerana perlu menyesuaikan diri dengan kasut beroda itu.

Penulis sendiri pernah bermain roller skate ini dan boleh tahan mencabar jugalah bagi kami.

Di Malaysia ini, sudah banyak lokasi mempunyai tempat bermain roller skate. Antaranya:

  • ROLLERWA, One Utama
  • Roller Light, Wangsa Walk
  • PLSC JR Roller Skate, Berjaya Times Square

BACA JUGA: We Tried Rollerskating At 1 Utama’s RollerWa And Here’s Our Take

Mak Umur 62 Tahun Tunjuk ‘Skill’ Main Roller Skate

Baru-baru ini, seorang lelaki memuat naik satu video di laman TikTok (@hananrahman86) menunjukkan dia bersama ibunya berkunjung ke sebuah pusat permainan roller skate.

Namun siapa sangka, aksi yang dilakukan oleh ibunya berusia 62 tahun itu telah mencuri perhatian ramai.

Kalau anda tengok sendiri macam mana ibunya main, memang tercabar. Dia bermain roller skate itu tanpa kekok dan meluncur dengan laju. Siap boleh berpusing lagi ya!

Malah, anak kepada wanita itu juga terkejut dan kagum melihat kemahiran yang ditunjukkan oleh ibunya itu.

Video tersebut telah berjaya meraih 716,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hananrahman86/video/7162800938636315930?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Orang Muda Pun Tercabar Tengok Golongan Mak-mak Pandai Roller Skate

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial pun mengagumi kemahiran roller skate yang ditunjukkan oleh wanita berusia 62 tahun itu.

Katanya permaianan roller skate ini memang sudah popular sejak tahun 80an dan 90an lagi.

Boleh tahan ramai juga yang tercabar melihat kepakaran wanita tersebut bermain roller skate. Kami pun rasa macam nak bergurulah dengan makcik ini.

Dalam pada itu, ada yang memuji pemakaian sopan yang dikenakan oleh wanita tersebut.

Kami yang muda pun tak pandai nak meluncur laju-laju macam itu. Inikan pula nak berpusing sebab risau tergolek pula nanti.

Memang terbaiklah makcik ini. Power!

BACA JUGA: “Sepatah Pun Tak Faham” – Reaksi Mak Dengar Besan Borak Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terhibur

BACA JUGA: [Video] Keluarga Piknik Di Dalam KLIA Undang Pelbagai Reaksi Di Media Sosial


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd