Now Reading
PRU15: Ini Manifesto Pakatan Harapan (PH) Untuk Tawan Hati Rakyat Malaysia

PRU15: Ini Manifesto Pakatan Harapan (PH) Untuk Tawan Hati Rakyat Malaysia

Visi Harapan adalah untuk membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan (MADANI).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, beberapa hari lagi rakyat Malaysia bakal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Seperti biasa, sebelum tibanya hari mengundi iaitu pada 19 November – rakyat Malaysia akan mulai melihat parti-parti yang bakal bertanding membentangkan manifesto sekiranya berjaya menjadi kerajaan seterusnya.

BACA SINI: Jom Semak Berapa Kerap Ahli Parlimen Kita Datang Bersidang Di Dewan Negara

Untuk pengundi kali pertama, anda mungkin masih keliru parti manakah yang perlu diundi. Tak mengapa, anda boleh semak dahulu antara manifesto yang ditawarkan oleh parti Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

BACA JUGA: PRU15: Perikatan Nasional (PN) Tawar Pelbagai Manifesto Untuk Pikat Hati Rakyat


Manifesto Pakatan Harapan (PH) Untuk PRU15

1. Tangani Masalah Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia.

Menurut parti Pakatan Harapan (PH) isu kos sara hidup ini sememangnya boleh ditangani dengan mengambil pendekatan dengan mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.

Parti gabungan itu juga dikatakan bertekad untuk mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tersebut dan bukannya jangka pendek.

Sebagai contoh:

  • Mewujudkan kerjasama dengan pihak pembekal supaya bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi.

Usaha ini adalah perlu khususnya ketika musim perayaan apabila isu kehabisan bekalan makanan sentiasa menjadi punca kenaikan harga barang.

  • Mengkaji semula konsesi lebuh raya.

PH menunjukkan komitmen untuk mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya dan bakal melakukan perundingan untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan sebanyak 18% kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Tambahan pula, PH bertekad untuk meneruskan pengurangan kadar harga tol PLUS secara berperingkat bagi mencapai matlamat akhir iaitu penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS kepada milik awam.

2. Membasmi Kemiskinan.

Sumber: Malaysia Mall Online

Umum sedia maklum bahawa pandemik Covid-19 telah menyumbang kepada kadar kemiskinan di Malaysia iaitu dari 5.6% pada tahun 2019 kepada 8.4% pada tahun 2020.

Bukan setakat itu sahaja, sebanyak 12.5% isi rumah juga mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan. Malah, sejumlah 20% isi rumah dari golongan M40 tergelincir ke kategori B40.

  • Bantuan Sara Hidup (BSH) & Sarapan Percuma.

Pakatan Harapan bakal meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk membantu rakyat yang terkesan dalam mengatasi isu kos sara hidup.

Manakala, sarapan percuma akan diberikan kepada semua pelajar di sekolah bagi mengatasi masalah keciciran di sekolah yang melibatkan pelajar miskin.

  • Tiada Keciciran.

Pakatan Harapan bakal bekerjasama dengan setiap Ahli Parlimen untuk mengenalpasti komuniti tersasar dalam semua program pembasmian kemiskinan kerajaan Persekutuan seperti ‘MySalam’ dan ‘Program Kasih Suri Malaysia’.

3. Jamin Kesejahteraan Kanak-kanak.

PH akan memberikan perkembangan kanak-kanak dan remaja akan membantu menyumbang kesan positif kepada kehidupan golongan ini di masa hadapan.

  • Jaminan kerakyatan untuk anak warga tempatan yang dilahirkan di Malaysia dan di luar negara.

Membuat pindaan terhadap Perkara 15(2) untuk menjamin kerakyatan kepada anak yang lahir di Malaysia pada salah seorang ibu atau bapa yang merupakan warga tempatan tanpa mengira kaum mahupun agama.

Selain itu, turut akan melakukan pindaan Perkara 14(1) (b) dalam Perlembagaan persekutuan iaitu memberikan ibu warga Malaysia yang melahirkan anak di luar negara boleh menurunkan kewarganegaraan kepada anak seperti kaum bapa serta memberikan manfaat berpanjangan kepada anak tersebut.

4. Reformasi Pendidikan.

Kita semua mengetahui bahawa pendidikan adalah perkara paling penting untuk dimiliki oleh setiap individu. Sebab itulah Sistem Pendidikan yang terbaik dapat menjamin kualiti produk yang bagus di masa hadapan.

Fokus bagi reformasi pendidikan adalah merapatkan jurang, meningkatkan kualiti, memastikan kebajikan guru menjadi teras utama selain menjadikan Pendidikan Tinggi sebagai kesinambungan peluang di masa hadapan yang lebih terjamin bagi anak Malaysia.

  • Mengurangkan Sekolah Daif.

Pembaikan sekolah daif akan menjadi teras Reformasi Pendidikan termasuk dalam meningkatkan perbelanjaan pembinaan bangunan baharu menerusi pembinaan modular dan IBS serta penyelenggaraan bangunan sekolah yang lebih efisen dalam kadar segera.

  • Meringankan Beban Tenaga Pengajar.

Demi memastikan kualiti pendidikan boleh disampaikan dengan cemerlang, keutamaan harus dimulakan dengan membina persekitaran untuk menyokong tenaga pengajar.

Golongan ini tidak seharusnya dibebankan dengan birokrasi melampau agar mereka dapat memberikan fokus terhadap pengaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dalam jangka masa pendek, pertindihan prosedur dan laporan sedia ada akan diperkemaskan lagi. Manakala untuk jangka panjang pula, peruntukan mencukupi akan dipertimbangkan bagi melantik pembantu pengajar yang sesuai untuk membantu guru menjalankan tugas pentadbiran mereka.

5. Reformasi Kesihatan.

Masalah kesihatan kini harus diberi perhatian yang lebih. Ini kerana rakyat yang mempunyai kesihatan mental yang stabil boleh memberikan kualiti hidup lebih baik.

Pakatan Harapan juga percaya bahawa reformasi kesihatan perlu dilakukan dalam kadar segera. Kesejahteraan rakyat juga sememangnya berkait rapat dengan kesihatan sejagat.

  • Perlindungan Kesihatan Mental.

PH akan memberikan lebih perhatian bagi meningkatkan penjagaan kesihatan mental secara holistik termasuk meluaskan liputan skim insurans kepada merangkumi perlindungan dalam isu kesihatan mental.

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd