Now Reading
AKLEH, DUKE & Beberapa Jalan Lain Sekitar Kuala Lumpur Akan Ditutup Bermula 11-13 Nov

AKLEH, DUKE & Beberapa Jalan Lain Sekitar Kuala Lumpur Akan Ditutup Bermula 11-13 Nov

Larian KL Standard Chartered Marathon akan menyebabkan beberapa laluan ditutup dan lalu lintas dilencongkan di sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa jalan di dalam dan sekitar Kuala Lumpur akan ditutup bersempena dengan Standard Chartered Marathon dari 11–13 November 2022 nanti.

Perlumbaan peringkat antarabangsa yang dijangka menarik kira-kira 20,000 pelari tempatan dan antarabangsa itu akan merangkumi empat kategori iaitu:

  • 5 kilometer (km)
  • 10 kilometer (km)
  • 21 kilometer (km) separuh maraton
  • 42 kilometer (km) maraton penuh.

Memetik sumber, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL akan melakukan penutupan dan lencongan jalan bagi memudahkan perlumbaan mulai 3 pagi 12 November, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Penutupan dan pembukaan semula jalan akan dilakukan secara berperingkat dan semuanya akan kembali normal kira-kira jam 11 pagi pada 13 November.

Lebuh raya AKLEH dan DUKE akan ditutup pada 11 malam pada 12 November.

Peta Penutupan Jalan

(Sumber: kl-marathon.com)

Maklumat Tentang Penutupan Jalan

(Sumber: kl-marathon.com)

Orang ramai turut meluahkan kebimbangan terhadap isu laluan LRT yang dihentikan buat sementara waktu kerana dikatakan berlaku kerosakan pada sistem automatik kereta api.

BACA LANJUT: 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November

Walau bagaimanapun, penganjur acara akan memberikan maklumat lanjut tidak lama lagi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd