Now Reading
Video Simulasi Culik Di Tadika Terima Pujian Ramai Hingga Raih 16 Juta Tontonan

Video Simulasi Culik Di Tadika Terima Pujian Ramai Hingga Raih 16 Juta Tontonan

Beberapa orang kanak-kanak dilihat lari bertempiaran sambil menangis ketika simulasi penculikan di tadika itu dilakukan.

Simulasi Culik Di Tadika Raih Pujian Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak belakangan ini, kes culik di Malaysia semakin berleluasa melibatkan mangsa dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Keadaan ini sudah pastinya membimbangkan ramai pihak terutamanya ibu bapa kerana risau dengan tahap keselamatan anak-anak mereka terutamanya ketika menunggu untuk dijemput pulang dari sekolah.

Situasi ini membuatkan ramai ibu bapa lebih berwaspada bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Guru Buat Simulasi Culik Di Tadika Untuk Ajar Kanak-kanak

Selain ibu bapa, guru-guru juga mengambil pendekatan untuk mengekang kes penculikan melibatkan anak kecil.

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di TikTok (@umi.maisarah94) yang menunjukkan sebuah tadika melakukan simulasi penculikan berhampiran kawasan luar premis berkenaan.

Ketika simulasi itu, beberapa orang guru berpakaian serba hitam dan menutup wajah dilihat ingin memberikan sesuatu sebagai umpan dan telah menarik seorang kanak-kanak lelaki untuk diculik keluar dari pintu pagar kecil.

Melihat situasi tersebut, beberapa kanak-kanak mula berasa cemas dan lari bertempiaran sambil menangis kerana ketakutan. Ada juga yang menjerit meminta tolong kepada guru mereka.

Video simulasi itu mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 16 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Dalam satu lagi hantaran video yang berbeza, pihak tadika menjelaskan simulasi penculikan itu hanya bertujuan untuk mengajar kanak-kanak sekiranya mereka berdepan situasi seperti itu.

Malah, kanak-kanak yang agak trauma dan menangis ketika simulasi berkenaan juga telah ditenangkan oleh guru-guru.

https://www.tiktok.com/@umi.maisarah94/video/7161378358071135514?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai Puji Simulasi Ini Beri Pendedahan Awal Kepada Kan-kanak Tentang Penculikan

Kebanyakan pengguna media sosial yang melihat video simulasi itu memberikan reaksi positif dan berpendapat pendedahan awal itu bagus untuk mengajar kanak-kanak apabila berdepan dengan penculik.

Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih berwaspada dan tidak mudah menerima sebarang pemberian dari individu tidak dikenali.

Walau bagaimanapun, ada juga yang risau sekiranya simulasi itu boleh mendatangkan perasaan takut dan trauma kepada kanak-kanak.

Bagus juga sebenarnya kita latih kanak-kanak dari awal untuk tidak mudah mengikuti individu tidak dikenali sesuka hati.

Dalam pada masa sama, simulasi ini juga mengajar mereka untuk peka dengan keadaan sekeliling dengan meminta bantuan orang dewasa berhampiran.

Good job cikgu-cikgu sekalian!

BACA JUGA: “Jangan Mudah Percaya!” – Isu Tular Culik Kanak-kanak & Jual Organ Adalah Palsu, Kata PDRM

BACA JUGA: Murid Buat Laporan Palsu ‘Diculik’ Sebab Takut Dimarahi Oleh Keluarga

BACA JUGA: Lebih Dua Minggu Diculik, Ejen Jualan Kosmetik Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarga Tercinta


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd