Now Reading
Pengguna Media Sosial Kesal Lihat Individu Bawa Gambar Artis K-pop Depan Kaabah

Pengguna Media Sosial Kesal Lihat Individu Bawa Gambar Artis K-pop Depan Kaabah

Gadis tersebut dikatakan membawa kepingan kad gambar salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu Suga ketika di hadapan Kaabah.

Peminat BTS Didakwa Bawa Gambar Artis K-pop Depan Kaabah Cetus Kontroversi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Antara kumpulan artis korea yang mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia adalah BTS.

Boleh dikatakan hampir kesemua peminat BTS terlalu ‘mengagumi’ kumpulan artis tersebut sehingga ada yang sanggup menghabiskan duit mereka membeli barangan BTS.

BACA JUGA: Kolaborasi McDonald’s x BTS Ini Buat ARMY Tak Senang Duduk Nak Tunggu 26 Mei!

Sumber: allkpop

Peminat Bawa Kad Gambar Ahli Kumpulan BTS Di Hadapan Kaabah?

Namun lain pula tahap obsesi seorang peminat sehingga dia dikatakan terbawa-bawa minatnya itu ketika sedang mengerjakan ibadah umrah di kota suci Mekah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@naaxminsgv) di Indonesia, kelihatan seorang individu dipercayai sedang mengerjakan umrah, didakwa telah membawa gambar idola K-pop yang diminatinya dari kumpulan BTS yang bernama Suga ketika di hadapan Kaabah.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@naaxminsgv/video/7156928320771312922?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7156928320771312922

Pengguna TikTok ini juga menjelaskan video asal sudah dipadam oleh pemiliknya dan dia hanya memuat naiknya semula.

https://www.tiktok.com/@naaxminsgv/video/7157303980228398362?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Ramai Beri Pendapat Tindakan Itu Sudah Melampaui Batas

Tindakan gadis itu ternyata membuatkan ramai pengguna media sosial termasuk peminat muzik K-pop sendiri yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya.

Ramai yang berpendapat tahap ketaksubannya terhadap kumpulan Korea tersebut dilihat seperti agak melampaui batas.

Pada masa sama juga, mereka turut menjelaskan tempat beribadah buat umat Islam itu sepatutnya hanya difokuskan kepada Allah SWT sahaja dan perlu mengetepikan segalanya hal duniawi yang bersifat sementara.

Tak salah nak minat kumpulan artis, tapi biarlah berpada-pada.

BACA JUGA: Lelaki Yaman Ditahan Gara-gara Didakwa Tunai Umrah Untuk Ratu Elizabeth II


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd