Now Reading
Doktor Puji Mydin Ambil Golongan OKU & Beri Gaji Sama Seperti Pekerja Normal

Doktor Puji Mydin Ambil Golongan OKU & Beri Gaji Sama Seperti Pekerja Normal

Walaupun salah seorang pekerja Mydin ini merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), tetapi syarikat pasar raya tersebut tetap memberi bayaran gaji yang sama seperti pekerja normal.

bos mydin tawar gaji seperti pekerja biasa kepada kakitangan OKU

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, nama Mydin sekali lagi menjadi ‘trending’ di media sosial selepas terpalit dengan isu salah faham tentang hantaran yang dimuat naik di laman Twitter didakwa melibatkan seorang artis lelaki.

Malah Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin juga memberi respon terhadap istu tersebut.

BACA JUGA: “Kami Tak Sebut Nama, Kalau Caprice Nak Saman Silakan” – Bos Mydin

Mydin Ambil Pekerja Dari Golongan OKU Tanpa Perbezaan Gaji

Berikutan nama Mydin yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, seorang doktor kesihatan bernama Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi sebuah cerita yang cukup memberi inspirasi melibatkan syarikat pasar raya tersebut.

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Twitter miliknya (@dr_chaku), beliau menceritakan semula pengalamannya ketika bekerja di Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang banyak melibatkan pesakit Orang Kurang Upaya (OKU).

Pada ketika itu, antara skop kerja beliau adalah mengeluarkan surat kepada syarikat-syarikat besar bagi mempertimbangkan pengambilan golongan OKU sebagai pekerja mereka.

Menurut doktor tersebut, antara syarikat yang mengalukan pekerja OKU adalah Mydin.

Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin bersama salah seorang pekerja OKU. (Sumber: Twitter/Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan)

Salah seorang pesakit mereka pada ketika itu yang mempunyai masalah pergerakan dan kognitif disebut sebagai Serebral Palsi telah ditawarkan pekerjaan oleh syarikat Mydin.

Pesakit berkenaan mempunyai pergerakan yang agak terhad serta perlahan dan tidak mampu menerima arahan secara berterusan.

Walaupun memiliki beberapa kelemahan diri, tetapi pihak Mydin tetap memberikannya tawaran gaji yang sama seperti pekerja biasa.

Kebaikan yang ditunjukkan oleh syarikat Mydin ini sangat dihargai kerana golongan OKU juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

Malah sewaktu negeri Selangor dilanda banjir dan salah sebuah cawangan Mydin telah dipecah masuk oleh orang ramai, Pengarah Mydin seikhlas hati menghalalkan barangan yang diambil oleh mangsa banjir ketika itu.

BACA JUGA: Pengarah Mydin Halalkan Barang Diambil Oleh Mangsa Banjir


Sejarah Penubuhan Pasaraya Mydin Di Malaysia

Mydin ini merupakan salah sebuah gedung pasar raya yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Pergilah mana-mana negeri sekali pun, pastinya nama Mydin akan dikenali masyarakat tempatan kerana pasar raya ini sering menawarkan harga barangan yang murah dan berpatutan kepada pelanggan mereka.

Sumber: Penang Travel

Kalau anda nak tahu, Mydin ini dahulunya hanya merupakan sebuah kedai runcit yang dibuka di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957.

BACA JUGA: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd