Nak Kejar Promosi KFC 2 Set Snack Plate Dengan Harga RM20, Ramai Sanggup Tunggu Sejam
Promosi dua set Snack Plate yang ditawarkan dengan harga RM20 di setiap cawangan KFC hanya sah untuk hari ini (20 Oktober) sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Tarikh 20 Oktober sememangnya hari yang dinanti-nantikan oleh semua penggemar ayam KFC kerana pada hari ini sahaja, KFC menawarkan promosi dua set Snack Plate dengan harga RM20.
Bukan satu tapi dua ya! Kebiasaannya satu set Snack Plate KFC dijual pada harga RM16.99.
Dengan harga promosi RM20 ini, anda boleh dapat empat ketul ayam perisa Original atau Hot & Spicy, kentang putar, coleslaw dan roti bun butterscotch.
BACA JUGA: Get 2 KFC Snack Plate For Just RM20, Only Available On 20 October
Penangan Promosi Dua Set Snack Plate KFC, Ramai Yang Sanggup Tunggu Satu Jam
Tinjauan di media sosial hari ini, ramai yang berkongsi pengalaman mereka ‘mengejar’ promosi dua set Snack Plate KFC itu.
Boleh dikatakan ramai yang berpusu-pusu beratur di cawangan KFC terdekat untuk membeli ayam kegemaran dengan harga istimewa.
#2SnackPlateRM20 pic.twitter.com/yyk82myTlR
— janggut (@janggut34544893) October 20, 2022
Full house #2SnackPlateRM20 punya penangan 😂 pic.twitter.com/EwmTR9nB8p
— AL (@alhzqqqqqqqqqq) October 20, 2022
#2SnackPlateRM20 @ Kfc Sek 13. Selalu sepi kalini ramai 😂 pic.twitter.com/T7hn8pVWKD
— ✨ (@ztygegirl) October 20, 2022
pukul 10 pagi sampai 100 order? #2SnackPlateRM20
— Ù…ØÙ…د شزوان Ù…ØÙ…د سامن (@SyazwanSaman) October 20, 2022
Malah, ada juga yang bercerita mereka terpaksa menunggu selama satu jam bagi mendapatkan pesanan makanan.
Demi kepci, 1 jam 8 minit ku sanggup tunggu 😋 #kfcmalaysia #2SnackPlateRM20 pic.twitter.com/wigBAnaf5Z
— mercury (@ikhrnnszk) October 20, 2022
Ni effect #2SnackPlateRM20 pishang woii beratur dekat sejam dah ni 🥴🤣👍🏻 pic.twitter.com/CbJMkev76g
— Dipsy (@hayyad_) October 20, 2022
pergi kfc, last last staff cakap kena tunggu 1 – 3 jam baru dapat sebab order banyak. Helloo?????dah tau nanti ramai customer datang, why tak goreng banyak banyak??????? 1 JAM OKAY LAGI BUT SHE SAID 3 HOURS #2SnackPlateRM20
— ken (@_angryzyoo) October 20, 2022
Bukan itu sahaja, seorang pengguna media sosial turut berkongsi gambar resit menunjukkan nombor gilirannya di mana dia perlu menunggu 64 pesanan lain sebelum makannya tersedia.
Memang ‘kaw-kaw’ penangan promosi dua set Snack Plate KFC dengan harga RM20 ini.
Kepada anda yang sudah lama mengidam nak makan KFC, inilah hari yang paling sesuai untuk mendapatkannya dengan harga yang lebih berbaloi.
Sementara harga menu ini murah pada hari ini, apa salahnya kalau belanja rakan sekerja atau ahli keluarga kan?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.