Now Reading
Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai

Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai

Khairulaming telah menutup kilang Sambal Nyet selama dua hari untuk membawa kesemua pekerjanya bercuti di resort.

Khairulaming Bawa Staf Kilang Sambal Nyet Pergi 'Retreat' Dapat Pujian Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut Khairulaming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia mengenalinya dan automatik akan teringat video masakan yang sering dimuat naik di laman media sosial miliknya.

BACA JUGA: Khairulaming Dedah Cara Rakam & Muat Naik Video Kualiti Tinggi Di Instagram Dengan Telefon Je

Bukan itu sahaja, Khairulaming juga merupakan pengasas kepada produk Sambal Nyet yang mendapat sambutan hangat dari hari pertama dikeluarkan iaitu pada 6 Januari 2021 sehingga kini.

Kejayaan produk tersebut telah membuka pintu rezeki Khairulaming untuk meraih jualan sebanyak RM14 juta dan membuka kilang Sambal Nyet yang kedua di Kelantan pada bulan Ogos lalu.

BACA JUGA: Sambal Nyet Raih Jualan RM14 Juta, Khairulaming Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan

Sumber: Twitter/khairulaming

Khairulaming Bawa Pekerja Kilang Sambal Nyet Pergi Bercuti

Sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja Sambal Nyet, Khairulaming telah menutup operasi kilang selama dua hari bagi membawa kesemua stafnya pergi bercuti di sebuah resort.

Walaupun pada awalnya bas yang membawa kesemua pekerja staf itu tiba-tiba rosak, tetapi ia tidak menjadikan pengalaman bercuti mereka tidak seronok kerana layanan yang diberikan oleh pekerja resort memang sangat bagus.

Sebanyak 17 chalet telah ditempah sebagai tempat penginapan kesemua pekerja kilang Sambal Nyet.

Banyak jugalah makanan yang disediakan oleh pihak resort kepada mereka seperti menu Thai dan juga jamuan BBQ pada waktu malam. Memang meriah!

Khairulaming juga hanya membiarkan pekerjanya buat apa-apa sahaja mengikut kehendak mereka. Tiada sesi taklimat atau aktiviti berkumpulan. Nak ‘me time’ pun boleh.

Malah, cef selebriti ini juga sempat menyediakan minuman koktail buah kepada para pekerjanya ketika malam BBQ.

Bukan itu sahaja, Khairulaming juga membuat kejutan hari jadi kepada mereka yang lahir pada bulan Oktober.

Pengalaman percutian mereka itu dikongsikan oleh Khairulaming sendiri dengan memuat naik video di laman TikTok miliknya (@khairulaming).

@khairulaming Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip 😁 #SambalNyet #makanlokal #makanlokaldestination? ♬ original sound – Khairulaming

Ramai Puji Layanan Khairulaming Kepada Pekerja Kilang Sambal Nyet

Layanan baik dan adil yang diberikan oleh Khairulaming kepada pekerjanya itu mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Ramai yang bersetuju dengan cara Khairulaming mengendalikan percutian untuk pekerja tanpa ada sesi taklimat atau mengikut jadual yang ditetapkan. Boleh enjoy sepuas hati ikut cara masing-masing.

Siap ada yang bertanya jika kilang itu mahu mengambil pekerja baharu kerana ingin merasai keseronokan bekerja di bawah seliaan Khairulaming.

Dapat majikan yang baik juga satu rezeki dari Tuhan, betul tak?

Mana tahu berkat menjaga kebajikan pekerja dengan baik boleh menjadi asbab rezeki sesebuah syarikat semakin bertambah.

BACA JUGA: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd