Now Reading
Kereta Penuh Ulat Sampah, Rupanya Punca Dari Telur Ayam Pecah

Kereta Penuh Ulat Sampah, Rupanya Punca Dari Telur Ayam Pecah

Katanya ulat sampah itu membiak di bahagian bawah kerusi kereta kerana terdapat lendiran telur ayam pecah yang tidak dibasuh dengan betul.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai pemilik kereta, mesti ramai yang akan memastikan kenderaan mereka bersih dan wangi dengan menghantarnya ke pusat cucian sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Kita kena jaga kereta elok-elok sebab dengan kenderaan inilah kita boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih mudah.

BACA JUGA: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950

Tukang Cuci Kereta Terkejut Tengok Kereta Pelanggan Penuh Ulat Sampah

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di laman TikTok pusat cucian kereta (Azwan Carwash) menunjukkan keadaan sebuah kereta yang dipenuhi dengan ulat sampah.

Bukan satu atau dua ya, boleh dikatakan beratus jugalah ulat sampah yang dilihat di bahagian bawah karpet serta celah-celah tepi kereta.

Telur Ayam Pecah Punca Banyak Ulat Sampah Membiak Dalam Kereta

Dalam rakaman video yang lain, pekerja tersebut menceritakan kisah sebenar yang berlaku sehingga mengakibatkan keadaan kereta itu dipenuhi dengan ulat sampah.

Lelaki itu memberitahu bahawa punca banyak ulat sampah membiak di dalam kereta pelanggannya itu adalah kerana beberapa telur ayam yang pecah.

Difahamkan ketika telur itu pecah, pemilik kereta tersebut hanya mengelap bahagian atas dan tidak membersihkan lendiran yang sudah termasuk ke bawah karpet.

Tiga hingga empat hari selepas itu, barulah pemilik kereta berkenaan menghantar kenderaan ke pusat cucian kerana sudah tidak tahan dengan bau yang sangat busuk.

@azwancarwash

Replying to @eton bini kemol Part 2/ Ulat Samapah Dalam Kereta.. #detaillingcar #azwancarwash #carwashviral #fypシ @Azwan Carwash

♬ original sound – Azwan Carwash – Azwan Carwash

Ramai Loya Tengok Ulat Sampah Banyak Dalam Kereta

Di ruangan komen video tersebut, boleh dikatakan ramai yang agak loya dan meremang tengok ratusan ulat sampah yang masih hidup di dalam kereta tersebut.

Disebabkan terlalu geli dengan keadaan itu, ramai juga yang berpendapat mereka tidak akan menggunakan lagi kereta berkenaan jika berada dalam situasi pemilik tersebut.

Malah, segelintir pengguna media sosial yang lain turut bercerita mereka pernah melalui pengalaman sama.

Alamak, tak boleh nak bayangkan bau busuk dalam kereta itu.

Anda kalau ada tertumpahkan apa-apa dalam kereta, bersihkanlah betul-betul ya. Risau kalau ada benda lain yang membiak dengan bahagia.

BACA JUGA: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd