Now Reading
Dr Amalina Bakri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Sulung Bernama Arabella Mia

Dr Amalina Bakri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Sulung Bernama Arabella Mia

Anak perempuan sulung Dr Nur Amalina Che Bakri yang diberi nama Arabella Mia selamat dilahirkan di Hospital St. Thomas, London pada minggu lepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Doktor pakar bedah kelahiran Malaysia di United Kingdom iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri kini bergelar seorang ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Arabella Mia.

Dr Amalina memaklumkan bayi perempuan sulungnya itu telah dilahirkan di Hospital St. Thomas, London pada minggu lepas.

Sebagai ibu bapa, doktor pakar bedah ini bersama pasangannya Alex amat menghargai setiap masa yang diluangkan bersama cahaya mata mereka dan teruja untuk meneruskan hari-hari mendatang.

Khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh Dr Amalina menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram milik beliau (@dramalinabakri).

Malah, ramai juga yang turut mengucapkan tahniah kepada beliau termasuklah organisasi kesihatan di United Kingdom serta beberapa individu ternama di Malaysia.


Dr Amalina Bakri Akan Bercuti Selama 10 Bulan Untuk Menjaga Anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik sebelum ini, Dr Amalina pernah memaklumkan bahawa dia akan mengambil tempoh cuti selama 10 bulan untuk menjaga anak sulungnya.

Bukan itu sahaja, Dr Amalina juga menjelaskan beliau turut menerima gaji penuh selama lima bulan oleh majikannnya manakala tempoh selepasnya itu akan dibayar oleh kerajaan di sana.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia agak cemburu dengan pakar bedah tersebut kerana diberi peluang mendapat tempoh cuti bersalin yang lama.

BACA JUGA: Ramai ‘Jealous’ Dr Amalina Bakri Boleh Cuti Bersalin Hampir Setahun. Siap Dapat Gaji Penuh Lagi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd