Now Reading
[Video] Panik Nampak Bomba Ramai Tepi Jalan, Gadis Ini Berhenti Ingatkan ‘Roadblock’

[Video] Panik Nampak Bomba Ramai Tepi Jalan, Gadis Ini Berhenti Ingatkan ‘Roadblock’

Anggota bomba di tepi jalan raya itu pun agak terhibur selepas melihat gelagat gadis tersebut yang menganggap mereka sedang membuat sekatan jalan raya.

Gadis Ingatkan Ada Roadblock Polis, Rupanya Bomba Nak Pasang Bendera Tepi Jalan Je

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila berada di jalan raya dan ternampak sekumpulan anggota beruniform, automatik dalam kepala terus terfikir adanya sekatan jalan raya atau ‘roadblock’.

Walaupun kadangkala kita tak ada buat apa-apa kesalahan, tetapi setiap kali melintasi sekatan itu mesti akan rasa berdebar.

Lebih-lebih lagi ketika musim banyak sekatan jalan raya dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu negara mula dilanda pandemik Covid-19.

Gadis Spontan Berhenti Depan Anggota Bomba, Ingatkan Ada ‘Roadblock’

Disebabkan sudah terbiasa memberhentikan kenderaan ketika pihak polis membuat sekatan jalan raya, aksi seorang gadis ini telah tular di media sosial ketika berhadapan dengan sekumpulan anggota bomba.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@zainy_hazmat01), dapat dilihat sekumpulan anggota bomba sedang berkumpul di tepi jalan raya dipercayai sedang menghadiri sebuah acara yang sedang berlangsung ketika itu.

Melihat kehadiran anggota bomba yang ramai membuatkan seorang gadis yang sedang menunggang sebuah skuter secara spontan memberhentikan kenderaannya di hadapan mereka.

Malah, gadis itu dengan yakinnya memberitahu anggota bomba bahawa dia sedang dalam perjalanan bagi menyelesaikan urusan.

Sumber: TikTok/zainy_hazmat01

Mendengar jawapan daripada gadis berkenaan membuatkan anggota bomba di kawasan itu terhibur kerana tidak sangka mereka dianggap seperti sedang melakukan sekatan jalan raya.

Eh, kami tak tahan awak adik. Kenapa berhenti? Nak lalu tanya polis, bukan kami. Hok aloh.

Pengguna TikTok Zainy_hazmat01

Selepas menyedari tindakan spontannya itu, gadis berkenaan terus beredar dari kawasan tersebut sambil ketawa dan menahan malu.

Gelagat gadis tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.3 juta tontonan ketika artikel ini dtulis.

https://www.tiktok.com/@zainy_hazmat01/video/7154685755892305178?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Mungkin Gadis Itu Berdebar Nampak Ramai Anggota Bomba Tepi Jalan Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dan geli hati melihat telatah gadis berkenaan. Mana tidaknya, tak pernah-pernah pihak bomba buat sekatan jalan raya.

Ada juga yang beranggapan mungkin gadis itu yang berseorangan agak panik dan berdebar apabila melihat anggota bomba berkumpul secara beramai-ramai.

Percayalah, gadis itu mesti akan ingat kejadian tersebut sampai bila-bila. Anda pun kalau ternampak sekumpulan orang ramai berkumpul, semak dulu. Takut tersalah orang pula nanti.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd