Now Reading
[Video] Leka Kutip Lala Di Sekinchan, Pemilik Myvi Terkejut Kereta ‘Terdampar’ Tengah Laut

[Video] Leka Kutip Lala Di Sekinchan, Pemilik Myvi Terkejut Kereta ‘Terdampar’ Tengah Laut

Ketika Myvi itu diparkir di kawasan berhampiran Pantai Sentosa, Sekinchan, air laut sedang surut sebelum ia air pasang secara mengejut.

Myvi Buat Hal Lagi. Kali Ini Tersekat Tengah Laut Pula!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perodua Myvi, memang betul-betul ‘King of The Road’ buatan Malaysia yang sering mendapat perhatian orang ramai.

Mana tidaknya, kereta tersebut nampak sahaja kecil tetapi macam-macam perkara yang di luar jangkaan pernah dilakukan oleh pemandunya.

Sebelum ini, seorang pemandu Myvi dilihat menggunakan keretanya untuk menunda sebuah trak lori dipercayai jenis ShacMan73 Type-SSS pada waktu malam di sebuah jalan raya.

Bukan biasa-biasa ya kereta Myvi ini siap boleh tarik lori yang bersaiz lebih besar daripadanya.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai

Sumber:  TikTok/labus27

Myvi Tersekat Di Tengah Laut Pula

Kembali kita ke dalam rancangan ‘Myvi Buat Hal Apa Pula Kali Ini’.

Menerusi satu rakaman video yang tular di laman TikTok (Shhrul.nzm) baru-baru ini, Myvi kembali menjadi topik hangat orang ramai selepas dipercayai terkandas di tengah laut berhampiran Pantai Sentosa, Sekinchan, Selangor.

Pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut menjelaskan pemilik Myvi terbabit dikatakan telah memarkir kenderaan buat sementara waktu di lokasi itu untuk mengutip siput lala bunga.

Tetapi pada ketika itu, air laut sedang surut.

Namun secara tiba-tiba air laut mula pasang secara mengejut dan menyebabkan kereta Myvi itu tersangkut di lokasi berkenaan.

https://www.tiktok.com/@shhrulnzm_/video/7153547692021419307?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Pihak Bomba Berjaya ‘Selamatkan’ Myvi Daripada Hanyut

Selepas melihat keadaan Myvi itu, pemilik kenderaan membuat panggilan kepada pihak bomba berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Selain pihak bomba, orang awam di kawasan berhampiran juga datang membantu untuk membawa keluar Myvi tersebut.

Malah pemilik akaun TikTok itu juga turut membantu ketika kejadian dan memberitahu video yang dimuat naik itu telah dirakam oleh ibunya ketika di lokasi tersebut.

@shhrulnzm_

Replying to @Faez Shazwan mana yang cakap saya record je, yang pakai seluar pendek tu saya. Sampai ke bawah saya pergi tolong kata saya record je tak tolong ☹️☹️ kalau dah tunjuk gini kang kabo riak pula ☹️

♬ original sound – Abe – Abe

Ada Yang Kata Myvi Itu Nak ‘Healing’ Tengok Pemandangan Laut

Di ruangan komen video tersebut, boleh bayangkan mesti ramai yang ‘geleng kepala’ selepas melihat keadaan Myvi itu.

Paling menghiburkan, ada yang sempat bergurau kononnya Myvi itu dalam fasa ingin mencari ketenangan sehingga sanggup ‘berendam’ di tengah laut.

Bukan itu sahaja, siap ada yang mendakwa Myvi tersebut bercita-cita nak menjadi kapal selam pula ya.

Kelakar betul bila baca komen pengguna media sosial ini. Macam-macam ya!

Apa-apa kejadian melibatkan kereta jenis Myvi ini memang agak ‘rare’ ya. Kadangkala terfikir juga macam manalah boleh jadi seperti itu.

Semoga kejadian ini dapat dijadikan teladan untuk kita semua. Boleh termenung juga tengok harga bil untuk perbetulkan semula kereta apabila sudah dimasuki air.

BACA JUGA: Kenapa Kebanyakan Kereta Perodua Seperti Myvi Boleh Redah Banjir? Ini Sebabnya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd