Now Reading
Niat Nak Ke Tandas Je, Tapi Kanak-kanak Ini Terus Solat Di Masjid Lepas Dengar Azan

Niat Nak Ke Tandas Je, Tapi Kanak-kanak Ini Terus Solat Di Masjid Lepas Dengar Azan

Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nuh ini siap membawa sehelai sejadah bersamanya ketika ingin menunaikan solat fardu Asar di masjid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai umat Islam, solat fardu adalah satu ibadah yang wajib dilakukan oleh penganutnya iaitu lima kali sehari seperti mana yang termaktub dalam Rukun Islam.

Seseorang itu diwajibkan untuk menunaikan solat selepas mereka sudah melepasi akil baligh. Ibu bapa juga digalakkan untuk mengajar anak mereka seawal usia tujuh tahun bagi mendirikan solat lima waktu seperti sabda Rasullah SAW:

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka. (Hadith riwayat Abu Daud: (490).

Jadi, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak tentang ibadah solat.

BACA JUGA: Nak Motosikal Percuma? Perlu Solat Subuh & Isyak Berjemaah Di Masjid Selama 40 Hari


Kanak-kanak Lelaki Terus Solat Di Masjid Selepas Dengar Laungan Azan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@kihalias), wanita ini berkongsi kisah apabila anak lelakinya dikenali sebagai Nuh ingin menumpang tandas di masjid terdekat untuk membuang hajat.

Tetapi niat Nuh untuk hanya menumpang tandas bertukar selepas dia terdengar azan dilaungkan menandakan sudah masuk waktu Asar.

Menurut ibunya, Nuh masuk semula ke kereta dan memaklumkan dia mahu solat Asar sebentar di masjid tersebut.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak lelaki itu berani pergi seorang diri sahaja sambil membawa sehelai sejadah bersamanya.

Sumber: TikTok/kihalis

Selesai sahaja solat, Nuh kembali semula ke kereta dan menjawab pertanyaan ibunya tentang surah yang dibaca. Terus sejuk hati si ibu apabila mendengar jawapan yang diberikan.

Haa tu dah siap solat. Bila tanya baca surah apa tadi, dia jawab Surah Baiyinah. Alhamdulillah sejuk perut Mommy.

Kihalias.

Ibu kepada Nuh berasa lebih tersentuh dan sebak apabila mendengar jawapan anaknya tentang doa yang dibaca tetapi momen itu tidak sempat dirakam.

Paling sebak bila tanya baca doa apa tadi. Tapi tak sempat rekod pula. Semoga Allah angkat semua doa anak Mommy.

Kihalis.

Di ruangan kapsyen, wanita ini juga sempat berkongsi doa daripada Surah Ibrahim ayat ke-40 yang memohon agar anak-anak rajin mengerjakan ibadah solat.

@kihalias

Doa Agar Anak Rajin Solat رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ. Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40) #AdamNuhHud #parenting #anaksoleh #fyp #fypシ

♬ Adzan Merdu – Taqy Malik & Various Artists

Ramai Puji Kanak-kanak Lelaki Ini Solat Di Masjid

Di ruangan komen video tersebut, ramai pengguna media sosial yang memuji tindakan kanak-kanak lelaki tersebut yang mengutamakan solat fardu walaupun masih kecil.

Malah mereka turut memuji ibu bapa Nuh yang bagus dalam mendidik anak mereka untuk menjaga ibadah berkenaan.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Nuh menjadi anak yang soleh dan mampu menjadi asbab ibu bapanya dimasukkan ke dalam syurga di akhirat kelak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd