[Video] Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam?
Masyarakat Orang Asli di Gua Musang mengatakan mereka mempercayai kejadian gajah naik bukit itu merupakan petanda awal bencana alam akan berlaku tidak lama lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, sekumpulan penunggang motor di lebuh raya Gua Musang, Kelantan dikejutkan dengan penampakan beberapa ekor gajah yang pada ketika itu dilihat sedang menaiki kawasan bukit yang tinggi. Kejadian tersebut berlaku di Simpang Kuala Betis-Lojing di daerah Gua Musang.
Haiwan berkenaan dilihat menaiki bukit dengan perlahan-lahan dan menyebabkan beberapa buah kenderaan lalu lalang pada ketika itu berhenti untuk menyaksikannya dengan lebih jelas.
Mungkin ‘mesmerised’.
Tak perlu masuk Zoo untuk tengok gajah, dapat tengok free je tepi lebuh raya.
@aimantransport #lojing #fyp ♬ bunyi asal – Harris Mat Rasid
Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam?
Walau bagaimanapun, satu persoalan timbul apabila kejadian gajah naik bukit itu mungkin menjadi petanda bahawa bencana alam akan melanda.
Masyarakat Orang Asli di Gua Musang mengatakan mereka mempercayai kejadian itu merupakan petanda awal bencana alam akan berlaku tidak lama lagi.
Mengikut kepercayaan sejak dahulu kala, Orang Asli menjadikan haiwan sebagai ‘rujukan’ dalam menjalani kehidupan seharian sehingga kini.
Selain habitat diganggu atau keluar mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah itu seolah-olah mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam selepas ini. Oleh itu, masyarakat Orang Asli menjadikan kejadian itu sebagai petanda untuk kami membuat persiapan untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi.
Seorang penduduk Orang Asli, Pelinejon Assut, 38 menerusi Kosmo.
BACA JUGA: Met Malaysia Beri Amaran Monsun Timur Laut Bermula 3 November Hingga Mac 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.