Now Reading
“Kalau Takde Duit, Tak Payah Makan Macam-macam!” – Owner Restoran ‘Sound’ Warga Emas

“Kalau Takde Duit, Tak Payah Makan Macam-macam!” – Owner Restoran ‘Sound’ Warga Emas

Warga emas berkenaan yang pada ketika itu berada bersama seorang makcik, 4 orang cucu, dan 3 orang perempuan remaja dan dewasa ketika itu terpaksa menahan muka malu akibat dimarahi oleh pemilik restoran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, media sosial telah dibanjiri oleh satu perkongsian yang mendapat perhatian orang ramai di mana satu keluarga telah dimarahi oleh seorang pemilik restoran apabila keluarga tersebut dikatakan tidak dapat melunaskan bil makan pada hari itu.

Walau bagaimanapun, seorang hamba Allah yang pada ketika itu berada di restoran berkenaan membuat keputusan untuk membantu keluarga tersebut.

BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’

Menceritakan hal kejadian, pengguna Facebook iaitu Fahmi Huzairi sendiri menjelaskan pada ketika itu dia sedang menjamu selera di restoran berkenaan. Selepas itu dia terdengar suara kuat iaitu pemilik restoran yang sedang ‘sound’ keluarga berkenaan.

“Kalau tak ada duit, tak payahlah order makan macam-macam,” jerit pemilik restoran itu.

Mengulas lanjut, pakcik tua itu yang bersama seorang makcik, 4 orang cucu, dan 3 orang perempuan remaja dan dewasa ketika itu terpaksa menahan muka malu akibat dimarahi.

Dalam masa yang sama, pakcik itu menjelaskan bahawa, “Menantu saya tak dapat dihubungi, dia yang suruh makan kat sini…”

Dibalas pula oleh pemilik restoran, “Itu hal awaklah, habis tu takkan dah makan taknak bayar. RM259 ni.”

Suasana kegembiraan keluarga berkenaan bertukar menjadi tragedi yang memalukan apabila mereka dimarahi di hadapan khalayak ramai serta pelanggan-pelanggan yang sedang menjamu selera di situ.

Fahmi menerusi hantaran berkenaan menganggap mungkin menantu pakcik itu yang ‘setting’ sesi makan bersama keluarga di restoran itu, tetapi menantunya masih belum sampai. Apabila dihubungi juga tidak berjaya.


Pakcik & Keluarga Tiba Di Restoran Menaiki Van Vanette Lama

Menceritakan lebih lanjut, pada mulanya keluarga berkenaan tiba di restoran dengan menaiki sebuah van vanette lama.

“Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama. Masuk restoran pun, tengok yang kecik tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar. Pakcik tu pakai serban, baju jubah, keluarga dia pun elok berpakaian muslimah. Keluarga baik-baik ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan,” jelas Fahmi.

Dia selepas itu menyuruh makcik (pekerja restoran) untuk memberikan total makanan di mejanya. Fahmi dalam masa yang sama membuat keputusan untuk membayar bil keluarga berkenaan.

“Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni, boleh?” kata Fahmi.

Berasa pelik dengan keadaan itu, makcik itu bertanya kenapa tidak beritahu sahaja dia yang belanja? Fahmi dengan tenang menjawab, “Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga, makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai, jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan dan dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik. Nanti mereka akan cerita macam-macam pasal restoran makcik,” kata Fahmi.


Menantu Kemalangan, Sebab Itu Tak Dapat Hadir Ke Restoran

Nak dijadikan cerita, selepas melunaskan bil dan meminta maaf di atas perbuatannya, pemilik restoran menceritakan hal sebenar kepada Fahmi tentang punca sebenar menantu kepada pakcik berkenaan tidak dapat datang ke restoran itu.

Dik, tq sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang. Rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call. Kalaulah makcik terus marah-marah dia tadi, tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana.

Kata pemilik restoran berkenaan.

Pemilik restoran itu juga ingin memulangkan kembali wang sejumlah RM280 yang dibayar oleh Fahmi sebelum itu, namun ditolak olehnya dan disuruh untuk sedekah sahaja kepada golongan yang lebih memerlukan selepas ini.

Fahmi mengakhiri hantaran yang ditulisnya itu dengan penuh kata-kata yang memberikan kesedaran untuk tidak membenci, memarahi dan tidak menyukai antara satu sama lain.

Kalau benci, jangan benci sangat. Kalau marah, jangan marah sangat. Kalau tak suka, jangan tak suka sangat. Bersederhanalah dalam setiap perkara.

Fahmi Huzairi menerusi hantaran Facebook.

Kesimpulannya, banyak perkara di dunia ini yang akan mengundang kemarahan dan membuatkan kita semua hilang sabar, tapi apa yang penting adalah sentiasa meletakkan diri kita di tempat mereka yang lebih susah. Dengan itu, kita akan lebih belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. 😉

BACA JUGA: “Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd