Nak Poligami Tapi Suami Minta Isteri ‘Sponsor’ Majlis. Motif?
Si suami siap minta duit pada isterinya yang dianggap sebagai ‘T20’ untuk menampung kos majlis perkahwinan dengan isteri baharu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila sebut bab poligami, boleh dikatakan ramai yang tahu maksudnya iaitu seseorang lelaki ingin berkahwin lebih dari satu tanpa menceraikan isteri lain.
Dalam Islam, poligami ini tidak salah. Malah ia adalah salah satu perkara sunnah. Tetapi suami perlulah menepati beberapa syarat yang ditetapkan sebelum meneruskan niat untuk berkahwin lagi.
Salah satu syaratnya adalah berkemampuan dan boleh bersikap adil dengan isteri-isterinya dari segi layanan dan juga kewangan.
Malah seorang pendakwah iaitu Ustaz Fauwaz Fadzil juga menjelaskan menerusi laporan Utusan Malaysia bahawa suami yang tidak berlaku adil kepada isterinya dalam berpoligami adalah berdosa dan jatuh hukum HARAM.
Suami Minta Isteri Dan Keluarga Tampung Kos Untuk Kahwin Lagi Satu
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (@kertasgraf) menunjukkan perbualan seorang lelaki yang berniat untuk berkahwin dengan bakal isteri baharu.
Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel….
— 🏴 ӄɢ (@kertasgraf) October 4, 2022
Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri. pic.twitter.com/gSZAYaynED
Namun apa yang menjadi perbalahan adalah lelaki tersebut tanpa rasa serba salah meminta isterinya yang dianggap golongan ‘T20’ untuk menghulurkan sejumlah wang bagi menampung niatnya ingin berpoligami.
Bukan setakat minta pada isteri, siap minta minimum RM4,000 dari setiap adik-beradiknya bagi membiayai majlis perkahwinannya itu.
Katanya Nak Hidupkan Sunnah Dan Dipuji Hakim Mahkamah Sebab Berpoligami
Tindakan lelaki ini turut dibahaskan dalam grup WhatsApp bersama adik-beradiknya itu tetapi si suami ini tetap bertegas untuk berkahwin lagi.
Katanya nak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW yang berkahwin ramai itu memang akan ada cabarannya. Siap bagi hadis panjang ya!
Lelaki ini juga telah berjumpa dengan hakim di mahkamah untuk menguruskan hal berpoligami dan mendakwa dia mendapat pujian kerana berani bertindak sedemikian.
Ramai Bengang Suami Yang Nak Kahwin Lagi Tapi Orang Lain Kena Tanggung
Hantaran yang dimuat naik itu sudah pasti mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Boleh dikatakan rata-ratanya bengang dan marah dengan tindakan lelaki itu yang ingin berpoligami tetapi tidak mampu dari segi kewangan.
Ada yang siap label lelaki ini sebagai penunggang agama sebab dia bagi hadis panjang lebar untuk menyokong perbuatannya untuk berpoligami.
Tak sangka betul ada juga orang macam ini ya.
Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang besar dan tidak boleh dibuat main. Kalau kos majlis pun nak orang lain ‘sponsor’, macam mana kehidupan selepas kahwin pula nanti?
BACA JUGA: 70% Nikah Di Siam Sebab Poligami, Kos Nikah Kini Naik Cecah RM1,500
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.