Now Reading
Carwash Caj RM35 Berbanding RM10 Cuci Kereta Jenis Sedan, Alasan ‘Pelanggan Baru’

Carwash Caj RM35 Berbanding RM10 Cuci Kereta Jenis Sedan, Alasan ‘Pelanggan Baru’

Carwash tersebut dikatakan mengenakan harga yang disifatkan sebagai ‘cekik darah’ oleh kerana pelanggan baru dan tak tahu harga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bagi golongan yang memiliki kenderaan sendiri, pastinya anda akan mencuci kenderaan lebih kurang seminggu sekali ataupun dua minggu sekali, kan? Tapi kadangkala, anda sendiri tak perasan bahawa harga mencuci kereta di luar kini sudah semakin naik. Daripada RM10, boleh jadi RM12 hingga RM20!

Seperti kes yang baru-baru terjadi di Kota Masai, Johor di mana seorang pengguna Facebook iaitu Amsyar Misran meluahkan ketidakpuasan hati apabila isterinya dikenakan caj mencuci kereta jenis sedan dengan harga RM35.

Jelasnya, sebelum ini untuk kereta jenis sedan, cuci luar dan dalam hanyalah RM10.

Amsyar menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam grup Komuniti Kota Masai itu mula mempersoalkan harga yang dikenakan apabila isterinya yang menghantar kereta mereka untuk dicuci, dan bukan dirinya sendiri.

Jelasnya, dia tidak kisah dengan harga RM35 itu, tetapi tidak pernah pula dia dikenakan caj setinggi itu untuk kereta sedan sebelum ini.

Oleh itu, dia menerusi perkongsian itu ingin bertanyakan kepada penduduk di situ sama ada mereka pernah menghantar kereta mereka untuk dicuci di tempat itu atau tidak? Dan benarkan harga yang ditetapkan itu? Ataupun ia hanya dikenakan kepada isterinya sahaja?

Sumber: Amsyar Misran/Facebook

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian, Amsyar menjelaskan bahawa dia sudah pergi sendiri ke carwash berkenaan untuk bertanyakan tentang harga tersebut.

Dan ternyata, harga RM35 untuk cucian kereta jenis sedan itu sebenarnya tidak wujud. Ia hanya dikenakan oleh kerana ‘orang baru, tak tahu harga’.

“Berkaitan posting saya tadi, saya dah pergi dekat carwash ni, memang sah korang yang cuci dekat sini selama ini kene kelepet. Saya tanya betul-betul dekat staff sini tadi bersaksikan abang panda yang saya tak kenal, untuk cucian luar dan dalam hanya RM10 untuk kereta sedan, kalau besar sikit macam Camry atau Honda Accord RM12, kalau Alza atau Avanza RM15-RM18, ni harga dari mulut diorang sendiri selepas saya datang, bila saya tanya kenapa caj dekat wife saya RM35, jawapan dia hanya cakap orang baru, tak tahu harga.

“Owner carwash ni pulangkan balance RM25 dekat saya, sesiapa yang dah kena kencing dengan carwash ni korang boleh je datang balik ambik duit. Tak wujud pon harga cucian luar dan dalam untuk sedan RM12 atau RM15, semua RM10 untuk sedan cucian biasa dan vacuum, kirenya duit lebih tu mcm side income diorang la, kelepet duit customer letak harga sesuka hati, mentang-mentang bini aku ko boleh la kencing, aku datang terus harga RM10 pulak.

“So korang boleh je support carwash ni dengan syarat harga dia mesti RM10 sebab saya dah confirmkan betul-betul dengan dia tadi, memang RM10, ni hanya untuk cucian luar dan vaccum sahaja. Inshaallah aku akan dtg basuh lagi dekat sini sebab dia dah kelepet duit bini aku, tapi dia dah pulangkan, dan dia dah jelaskan memang harga RM10, takde lebih dari tu, tapi berapa ramai yg dia dah kelentong kan,” tulisnya menerusi perkongsian dalam grup Komuniti Kota Masai.


Penduduk Kota Masai Pernah Jadi Mangsa Juga Rupanya

Malangnya, ramai juga yang pernah ‘terkena’.

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, penduduk di situ turut memberitahu pengalaman mereka sebelum ini yang menghantar kereta cuci di carwash berkenaan.

Malah, ada juga yang mengatakan pekerja di carwash berkenaan cuci tak bersih dan apabila disuruh cuci sekali lagi, caj lain pula dikenakan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd