Now Reading
“Asalkan Anak Gembira” – Ayah Buang Rasa Malu Kutip Mainan Terpakai Dari Tong Sampah

“Asalkan Anak Gembira” – Ayah Buang Rasa Malu Kutip Mainan Terpakai Dari Tong Sampah

Troli yang diambil dari tempat pembuangan sampah itu dicuci bersih terlebih dahulu sebelum diberi kepada anaknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun gerangan bernama ayah selalu ditakuti kerana sifat garang mereka, tetapi percayalah kasih sayang mereka terhadap anak-anaknya tiada batasan.

Baru-baru ini, seorang bapa terjumpa permainan kanak-kanak di kawasan berhampiran tempat pembuangan sampah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada waktu pagi.

Pada awalnya bapa bernama Mohd Zakiman Irwan yang menetap di Kampung Bedal, Krai, Kelantan tidak mengambil permainan tersebut. Tetapi dia kembali semula ke tempat pembuangan sampah tersebut selepas pulang dari kerja.

Ketika ternampak permainan itu, saya tidak terus ambil. Lepas pulang dari kerja, baru saya datang semula dan lihat permainan itu masih ada.

Mohd Zakiman Irwan Othman.

Bapa Ketepikan Rasa Malu Untuk Bahagiakan Anak-anak

Ketika terlihat semula permainan itu, bapa berusia 35 tahun sanggup mengetepikan rasa malu dan terus mengambil permainan troli berkenaan yang dilihat masih elok walaupun hanya mempunyai dua roda sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, dia mengambil gambar troli tersebut untuk ditunjukkan kepada isteri dan meminta persetujuannya sebelum dibawa pulang.

Sumber: TikTok/abieaisymikhail

Sebelum diberikan kepada anak-anak, bapa ini mencuci permainan itu sehingga bersih terlebih dahulu.

Siapa sangka pemberian tersebut telah menggembirakan kedua-dua anaknya walaupun mereka tahu dari mana ia diambil.

Zakiman juga menceritakan dia hanya mampu membeli permainan dari kedai RM2 sahaja kerana bergantung kepada gaji harian di kilang.

Walaupun keadaannya yang agak susah, Zakiman menolak pemberian wang kerana beranggapan masih ramai individu di luar sana yang lebih memerlukan.

Video berkenaan telah menarik perhatian ramai sehingga meraih 848,300 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@abieaisymikhail

X malu ke ambik mainan kt sampah…x kisah lh org nk ckp apa.asal kn ank2 aku hppy dgn cara aku

♬ original sound – bOyS_sLoE YC – bOyS_sLoE

Ramai Terharu Tengok Usaha Bapa Ini Nak Buat Anak-anak Gembira

Di ruangan komen video itu, pengguna media sosial terharu dengan kasih sayangnya kepada anak-anaknya.

Ramai juga yang menyuruhnya untuk tidak menghiraukan kata-kata orang lain. Yang penting anak di rumah gembira dengan cara kita.

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah melalui perkara sama kerana ibu bapa mereka tidak berkemampuan membelikan permainan baharu ketika kecil.

Mereka juga berpendapat tiada masalah untuk mengambil permainan tersebut, asalkan ia bersih dan selamat digunakan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd