Pihak Hotel Jawab Persoalan Siti Kasim Tentang Wujudnya Lif ‘Non-Halal’
Siti Kasim mempersoalkan rasionaliti terhadap wujudnya lif ‘non-halal’ dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Seperti kita sedia maklum, Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan kesucian serta kebersihan dari segi pemakanan dan gaya hidup.
Bagi premis perniagaan di Malaysia yang ingin memohon sijil halal juga perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebelum ini, dua buah gerai nasi ayam itik yang popular di Pulau Pinang dilaporkan tidak memiliki sijil halal selepas didakwa mengambil bekalan makanan dari restoran bukan Islam.
BACA JUGA: Dua Cawangan Gerai Nasi Ayam Itik Yang Tular Di Pulau Pinang Tiada Lesen Halal – JHEAIPP
Siti Kasim persoal kenapa ada lif ‘non-halal’ dalam hotel
Isu halal kembali hangat diperkatakan selepas seorang peguam terkenal iaitu Siti Kasim membuat satu hantaran di laman Twitter miliknya (Siti Kasim) dengan mempersoalkan rasional di sebalik wujudnya lif berbeza di sebuah hotel berhampiran ibu kota.
Menerusi hantarannya itu, Siti Kasim mendakwa terdapat lif dikategorikan sebagai ‘non-halal’ di Hotel Four Points by Sheraton.
So, a friend of mine took this photo at Sheraton Four Points. Can @FourSheraton explain the rationale behind this? 🤔 🤯 pic.twitter.com/LeG34wW3Ie
— Siti Kasim (@sitikasim) October 3, 2022
Orang ramai jelaskan kewujudan lif ‘non-halal’ itu
Hantaran yang dimuat naik oleh Siti Kasim itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Beberapa pengguna media sosial juga memberikan penjelasan ringkas terhadap persoalan Siti Kasim tentang rasionaliti di sebalik wujudnya lif ‘non-halal’ di hotel berkenaan.
Untuk makluman, premis yang memegang atau ingin memohon sijil Halal perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JAKIM.
Salah satu syaratnya adalah tidak boleh membawa produk halal dan tidak halal dalam satu lif yang sama. Disebabkan itulah wujudnya lif ‘non-halal’ untuk mengangkut barangan tidak halal.
Bukan sahaja lif, barangan lain seperti sudu, garfu, pinggan, cawan termasuklah bilik stor juga perlu diasingkan mengikut kategori halal dan juga tidak halal.
Puan Siti, mcm ni. Hotels and restaurants yang apply or halal certs or in midsts of applying halal cert kene comply Jakim punya requirements.
— Yuswan Cheng (@yuswancheng) October 3, 2022
So, lift, cutleries, fridges and even storeroom, kene divide into Halal&Non-halal area. Semua requirement dari Jakim.
Halal products cannot be moved using the same lift used for non halal products (in this case, most likely liquor)
— Dr Lucius Maximus (@lcsmxms) October 3, 2022
Pihak hotel beri penjelasan sebenar
Memetik laporan The Star, pihak hotel berkenaan telah menjelaskan mereka menyediakan lif ‘non-halal’ tersebut untuk digunakan bagi mengangkut barangan tidak halal dan mudah rosak.
Malah, mereka juga memaklumkan bahawa perkara itu merupakan salah satu daripada ketetapan pihak berkuasa bagi memastikan kelayakan menerima pensijilan halal.
Selepas tularnya isu ini, pihak hotel tersebut akan menyusun semula mengikut kesesuaian ayat bagi mengelakkan perselisihan faham dalam kalangan pelanggan dan juga tetamu.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.