Now Reading
[Video] ‘Makcik Baju Merah’ Ada Dalam Setiap Gambar Kahwin Buat Pengantin Bengang

[Video] ‘Makcik Baju Merah’ Ada Dalam Setiap Gambar Kahwin Buat Pengantin Bengang

Seorang makcik berbaju merah dikatakan mengganggu majlis nikah pasangan pengantin kerana berada di dalam setiap gambar perkahwinan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari pernikahan pastinya saat paling dinantikan-nantikan oleh setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga bersama pasangan mereka.

Sebelum tiba hari bersejarah itu, perancangan rapi tentang susunan majlis dari segi jurugrambar, jumlah tetamu, jenis makanan, lokasi serta tarikh sudah semestinya sudah diatur mengikut kesesuain.

Makcik baju merah banyak ‘masuk’ dalam gambar kahwin

Tetapi siapa sangka majlis perkahwinan seorang wanita baru-baru ini dikatakan ‘terganggu’ oleh seorang makcik yang memakai baju berwarna merah.

Menerusi video dikongsikan oleh pengantin perempuan itu di laman TikTok miliknya (Zarah Yusoff), semuanya bermula apabila pihak tok kadi ingin menyelesaikan urusan akad nikah dengan kehadiran jurunikah serta empat orang saksi serta pengantin lelaki.

Sumber: TikTok/Zarah Yusoff

Namun kehadiran seorang makcik berbaju merah yang berdiri di hadapan pelamin dan menghalang pengantin serta tetamu lain untuk melihat urusan tersebut dikatakan telah mengganggu suasana majlis.

Malah, jurugambar juga sudah menegur makcik tersebut itu untuk beralih sedikit kedudukannya bagi mendapatkan gambar yang cantik tetapi dia masih tidak berganjak.

@azfztlmhmmd

Replying to @Qutrinsham as you can see betul betul tutup I. Photographer siap minta dia ketepi dah. Tapi dia? And lepas tu pun bridesmaid I ada tegur lagi. Banyak kali ye tegur. Bukan sekali je. You boleh dengar background sound tu my sister dah bengang. Dia bukan semak je tau dalam gambar/video I tapi dia buat macam majlis dia. Common sense? I fikir 2 bulan tau untuk post benda ni.

♬ original sound – Zarah Yusoff – Zarah Yusoff

Disebabkan itu, gambar makcik baju berwarna merah itu dikatakan boleh dilihat dalam hampir kesemua gambar pada hari pernikahan mereka.

https://www.tiktok.com/@azfztlmhmmd/video/7148275128055483674?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Anak makcik berbaju merah ‘sound’ pengantin

Beberapa video yang dimuat naik oleh pengantin dikenali sebagai Zarah Yusoff itu juga telah mendapat perhatian anak kepada makcik berbaju merah.

Anaknya itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan dakwaan yang dibuat oleh pengantin dan menegaskan akan membuat laporan polis.

Namun pengantin tetap tegas dengan pendirian dengan berkongsi banyak lagi foro sebagai bukti.

https://www.tiktok.com/@azfztlmhmmd/video/7148451538212637979?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Orang lain pun bengang kalau situasi sama berlaku kepada mereka

Video yang tular itu sehingga meraih 3.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Boleh dikatakan ramai yang meluahkan rasa bengang juga dengan sikap makcik tersebut kerana didakwa seolah-olah tiada ‘common sense’.

Bukan itu sahaja, ada juga bercadang untuk turun dari pelamin dan mengalihkan sendiri makcik itu sekiranya situasi berkenaan berlaku ketika majlis mereka.

Kalau situasi seperti ini berlaku, apa anda akan buat pula?

BACA JUGA: Pengantin Lelaki 23 Tahun Mohon Maaf Tentang Isu Tular Rakan Beri Hadiah Tak Senonoh


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd