Now Reading
“Penyewa Tunggang Agama” – Penghuni 3 Bulan Tak Bayar Sewa, Siap Bagi Hadis Minta Tangguh

“Penyewa Tunggang Agama” – Penghuni 3 Bulan Tak Bayar Sewa, Siap Bagi Hadis Minta Tangguh

Penyewa tersebut menghantar teks mesej hadis berkaitan hutang untuk memujuk pemilik rumah menangguhkan bayaran hutangnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini harga rumah sudah semakin mahal dan bukan semua orang mampu untuk membelinya. Jadi, salah satu pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa.

Bila sebut tentang sewa rumah, memang ada banyak ragam penyewa dan juga pemilik kediaman di Malaysia ini.

Antaranya adalah penghuni yang pengotor. Sekali tengok, memang macam tong sampah kerana banyak barang bersepah dan bau yang kurang menyenangkan.

BACA JUGA: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Penyewa hantar mesej guna hadis agama untuk elak bayar sewa rumah

Baru-baru ini, seorang pemilik rumah memuat naik satu hantaran di laman Twitter (@norazambudin) dengan menunjukkan perbualannya bersama penyewa rumah tentang bayaran yang belum dilunaskan.

Difahamkan, penyewa tersebut mempunyai tunggakan bayaran sewa selama tiga bulan berjumlah RM3,600 tetapi enggan menjelaskan hutangnya tersebut.

Bukan itu sahaja, penghuni berkenaan siap menghantar beberapa hadis agama berkaitan hutang kepada pemilik rumah yang cuba untuk meminta bayaran hutang dijelaskan.

Sekiranya gagal, penyewa diarahkan untuk keluar dari rumah.

Bertindak seolah-olah ‘penunggang agama’, penyewa berkenaan menghantar hadis berkaitan kebaikan memudahkan urusan individu yang berada dalam kesukaran untuk membayar hutang.

Malah dia juga mendakwa undang-undang di Malaysia serta syariat Islam lebih memihak kepada pemilik rumah berbanding penyewa.

Penyewa ‘pulangkan’ rumah dalam keadaan teruk dan sebar cerita tak betul kepada jiran

Pemilik rumah dikenali sebagai Nor Azam Budin sebelum ini pernah berdepan situasi sama dengan penyewa yang lain juga.

Terdahulu, dia hanya mampu menggeleng kepala selepas melihat rumahnya diserahkan dalam keadaan yang agak teruk oleh penyewa.

Mana tidaknya, dinding rumah yang sebelum itu sudah dicat tiba-tiba bertukar kotor, diconteng, berlubang dan mempunyai tompok kulat. Pelapik lantai yang dipasang juga sudah terkoyak rabak.

Memang terus geleng kepala lepas tengok keadaan rumah ini.

Penyewa juga sempat menyebar cerita kepada jiran-jiran sekeliling kononnya pemilik kediaman ingin menaikkan harga sewa dan hal itu menyebabkan mereka terpaksa keluarga dari situ.

Orang ramai pun ‘panas hati’ dengan sikap penyewa yang menunggang agama

Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi tidak puas hati dengan cara penyewa tersebut.

Boleh dikatakan ramai yang ‘panas hati’ dengan penyewa itu yang seolah-olah ingin menggunakan agama untuk mengelakkan dirinya daripada melunaskan bayaran hutang.

Kalau penyewa tak bayar sewa, situasi ini akan membebankan pemilik rumah kerana mereka terpaksa menjelaskan bayaran bil seperti air dan elektrik.

Dalam agama Islam, seseorang yang berhutang wajib melangsaikan hutangnya kepada pemiutang. Jadi kalau anda ada hutang yang masih tidak dijelaskan, lebih baik selesaikan dengan kadar segera.

BACA JUGA: [Video] Ramai Terhibur Dengan Cara Lelaki Ini Bagi ‘Hint’ Suruh Bayar Hutang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd