“Nasi & Telur Kongsi 3 Orang” – Ramai Kongsi Kisah Susah Cari Makan Masa ‘Broke’
Ada juga yang bercerita pernah mengambil sisa makanan dari tong sampah dan dari meja sebelah kerana terlalu lapar dan tiada duit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap orang ada dugaan hidup masing-masing. Boleh jadi seseorang itu duji dari segi masalah hubungan keluarga, sukar mencari pekerjaan, sering dipulaukan rakan dan sebagainya.
Kadang kala, kesempitan hidup yang banyak mengajar kita untuk menjadi individu lebih bersyukur dan menghargai segalanya yang diberikan oleh Tuhan.
Antara masalah lain yang sering menimpa orang ramai adalah dari segi kewangan kerana ianya berkait dengan gaya kehidupan kita.
Nak makan dan beli apa-apa pada zaman sekarang ini semuanya perlukan duit.
Ramai ‘throwback’ menu makanan waktu duit tak berapa ada
Diuji dengan masalah kewangan sudah pasti membimbangkan terutamanya yang sudah berkeluarga dan mempunyai isteri serta anak-anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@H_Baakkaniy) mengajukan soalan secara terbuka kepada pengguna media sosial tentang menu hidangan yang dimakan ketika diuji dengan masalah kewangan.
Pengguna Twitter dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith ini juga telah berkongsi kisahnya apabila pernah menjamu nasi kosong dengan garam atau minyak sisa goreng ikan. Katanya bila ada duit lebih baru beli kicap.
Apa 'makanan orang susah' yang korang pernah hadap zaman tak berapa berduit?
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) September 29, 2022
Aku; Nasi kosong gaul dengan garam, takpun dengan minyak sisa goreng ikan.Ada duit sikit baru beli kicap.Kalau hari tak boleh nak masak, pergi makan mamak, nasi kosong dengan kuah parpu je.
Di ruangan komen hantaran dimuat naik itu, ramai turut berkongsi kisah mereka yang sebelum ini juga pernah melalui pengalaman hampir sama.
Antara kisah yang dikongsikan adalah:
1. Terpaksa mengambil sisa makanan dari tong sampah
Ada sesetengah orang yang jenis makan tidak habis kerana mudah kenyang dan akhirnya makanan itu dibuang ke dalam tong sampah.
Tapi siapa sangka ada individu yang sanggu mengutip semula makanan itu dari dalam tong sampah kerana kesempitan wang untuk membeli makanan.



2. Habiskan sisa makanan orang lain
Pernah tak bila anda keluar makan di restoran, orang meja sebelah tak habis makan?
Ada juga yang terpaksa curi-curi mengambil sisa makanan dari meja sebelah selepas mereka beredar untuk mengisi perut yang sedang lapar.



3. Makan nasi gaul dengan garam atau telur
Boleh dikatakan ramai yang pernah melalui zaman di mana hanya makan nasi berlaukkan garam, telur dan juga air masak sebagai kuah. Malah, ada yang berkongsi sebiji telur dengan tiga orang adik-beradik.



Ada juga yang pernah makan nasi dan berkuahkan serbuk perencah mi segera pelbagai rasa seperti kari dan sup.


4. Hadkan sebungkus makanan untuk beberapa hari
Segelintir individu pula membeli satu bungkusan makan seperti mi segera dan roti untuk dibahagikan selama beberapa hari.
Contohnya kalau sebungkus roti bun mempunyai enam ketul, mungkin hanya seketul atau dua sahaja yang dimakan dalam sehari.
Bukan itu sahaja, ada yang memilih untuk makan mi segera siang dan malam selama tiga hari berturut-turut. Boleh dikatakan itulah makan tengah hari dan juga malam.




5. Makan makanan basi dan berkulat
Makanan yang basi atau berkulat juga pernah dimakan oleh segelintir individu untuk mengisi perut mereka supaya tidak kelaparan.


Lepas baca kisah masing-masing buatkan kami rasa bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang. Percayalah bila kita rasa hidup kita susah, sebenarnya akan ada yang lebih ‘struggle’ berbanding kita.
Dalam keadaan ekonomi sekarang yang dilihat kian meruncing, semoga kita sama-sama kuat untuk menghadapinya.
BACA JUGA: Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.