Now Reading
[Video] Ular Sawa 80kg ‘Kenyang’ Telan Kambing

[Video] Ular Sawa 80kg ‘Kenyang’ Telan Kambing

Ular sawa sepanjang enam meter dan seberat 80kg itu dilihat telah menelan seekor kambing di Felda Inas, Kulai, Johor pagi semalam (28 September).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ular sawa adalah haiwan reptilia yang menjadikan binatang lain sebagai makanan mereka.

Jangan terkejut kerana sebelum ini juga pernah keluar berita bahawa seekor ular sawa seberat 180kg telah membaham dua ekor kambing sekali gus di dalam kandang.

Kehadiran reptilia ini memang cukup menakutkan. Kalau ternampak, memang cabut lari terus!

BACA JUGA: [Video] Ular Sawa Muncul Atas Highway DUKE Buat Pengguna Jalan Raya Terkejut!

Ular sawa seberat 80kg menelan seekor kambing

Baru-baru ini, ular sawa seberat 80kg dilaporkan telah menelan seekor kambing di dalam sebuah kandang di Felda Inas, Kulai, Johor pada pagi semalam (28 September).

Memetik laporan Sinar Harian, kehadiran reptilia berkenaan disedari oleh pemilik kandang kambing itu dan dia segera menghubungi pihak bomba bagi membantu mengeluarkan ular sawa tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Fidaus Juritah memaklumkan pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7:21 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Seramai lapan anggota telah digegaskan ke lokasi untuk mengeluarkan ular sawa daripada kandang kambing tersebut.

Operasi untuk mengeluarkan ular sawa sepanjang enam meter itu mengambil masa kira-kira 15 minit menggunakan penjerut sebelum reptilia terbabit dilepaskan ke kawasan yang lebih jauh daripada penempatan ramai.

Kenapa ular sawa itu ‘muntah’ semula kambing yang ditelan?

Dalam kejadian yang sempat dirakam dan dimuat naik di laman Twitter (@kosmo_online), ular sawa itu dilihat telah memuntahkan semula kambing yang ditelan dan pihak bomba juga berusaha untuk mengeluarkannya.

Tindakan ular sawa berkenaan telah menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial selepas melihat video tersebut.

Di ruangan komen hantaran itu, ada yang menerangkan kenapa ular bertindak sedemikian.

Kalau anda nak tahu selepas ular membaham ‘makanan’, mereka tidak boleh bergerak dengan bebas seperti biasa. Sekiranya berlaku sesuatu yang membuatkannya berasa terancam, reptilia itu akan memuntahkan semula untuk melarikan diri.

Pihak bomba pula difahamkan perlu mengeluarkan kambing tersebut untuk mengurangkan beban dan memudahkan anggotanya mengangkat ular sawa berkenaan.

Sekiranya anda terjumpa dengan mana-mana haiwan yang boleh memberikan ancaman kepada orang ramai, cepat-cepat hubungi pihak bomba okey?

BACA JUGA: They Found 2 Huge “Anacondas” At A Construction Site In Terengganu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd