Now Reading
“Mulut Hampa..” – Lelaki Ini Kecewa Nasi Lemak Daging Penuh RM5 Orang Komplain Mahal

“Mulut Hampa..” – Lelaki Ini Kecewa Nasi Lemak Daging Penuh RM5 Orang Komplain Mahal

Lelaki berkenaan menerusi video TikTok yang dimuat naik meluahkan rasa kesal apabila Nasi Lemak Daging yang penuh dijual dengan harga RM5, masih dikatakan mahal oleh makcik pakcik bawang di luar sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berniaga ini ada naik turunnya. Hari ini kita untung, esok rugi, lusa mungkin akan untung kembali. Rezeki ini sememangnya tidak menentu terutamanya mereka yang berniaga dan bukannya bekerja dan menerima gaji yang sama setiap bulan.

Tapi itulah, bila berniaga mental pun kena kuat untuk melayan pelanggan yang pelbagai perangai. Ada yang tak kisah dengan harga, ada yang terlalu berkira, dan sebagainya.

Pening, tapi itulah hakikatnya. Perangai manusia ini ada banyak jenis.


Nasi Lemak Daging Penuh RM5, Mahal Ke?

Seorang pengguna TikTok (toklee_granpader) yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Atuk’ menerusi video panjang dimuat naik olehnya baru-baru ini telah meraih perhatian orang ramai.

Dalam video berdurasi 5:13 itu Atuk meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu (makcik pakcik bawang) di luar sana apabila Nasi Lemak Daging yang dijualnya dikatakan ‘mahal’.

Atuk juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bukti Nasi Lemak Daging RM3 dan RM5 yang dijual olehnya. Perbezaan di antara kedua-dua menu ini adalah RM3 dagingnya sedikit, manakala RM5 dagingnya penuh di bahagian tepi Nasi Lemak tersebut.

Namun, masih ada juga individu yang mengatakan bahawa RM5 itu adalah mahal. Jika dilihat kembali, jumlah daging adalah jauh berbeza di antara kedua-dua nasi lemak ini. Sebab itulah harganya lain.

Kepada mereka-mereka yang tak boleh nak fikir tu, Atuk nak cuba buka mentaliti makcik dan pakcik bawang, abang-abang, kakak-kakak, lelaki ke perempuan ke, sama. Tolong buka mentaliti hampa. Nasi lemak daging, ada kacang, telur, ikan bilis, timun. Dua-dua sama tapi harga lain, tapi tolonglah tengok portion dia. Daging banyak tak?

Luahan Atuk menerusi video tersebut.
Nasi Lemak Daging RM3 (kiri) & Nasi Lemak Daging RM5 (kanan) yang memiliki jumlah daging yang berbeza.
(Kredit: @toklee_granpader/TikTok)

Atuk juga mulai berasa bengang apabila terdapat segelintir masyarakat yang jenis suka membawa mulut dan mengatakan bahawa nasi lemak yang dijualnya itu mahal.

Dia dalam masa yang sama turut memesan supaya orang ramai lihat sendiri berapa banyak daging yang diletakkan di dalam nasi lemak tersebut.

“Hampa tau tak daging sekilo berapa ringgit?”, persoalnya lagi.

@toklee_granpader dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok ♬ original sound – toklee_granpader

Pelik sungguh, RM5 dengan daging sebanyak itu, kira murahlah.


Orang Ramai ‘Support’ Atuk Jual Nasi Lemak Daging RM5, Murah

Pencarian kami di Twitter mendapati ramai yang memberikan sokongan padu kepada Atuk. Malah, majoriti berpendapat bahawa RM5 dengan daging dikira sebagai murah.

“Pelik juga orang kita ni kekadang, masuk Mekdi, KFC, semua reti pula tak memekak minta tawar harga padahal ayam dekat RM4 seketul. Tu pun kadang besar sikit je dari puyuh,” tulis seorang pengguna Twitter.

Malah, ada juga yang berkongsikan mereka pernah menjual nasi lemak daun pisang berharga RM1.80 pun masih ada yang cakap ‘mahal’.

Pengguna Twitter lain mengatakan di tempatnya, nasi lemak sebegitu berharga RM12. Tambahan pula, nasi lemak menu daging kebiasaannya berharga RM7 dan ke atas.

Kesimpulannya, hidup ini kena banyak bersyukur. Di tempat atau negeri lain, nasi lemak menu daging seperti itu sememangnya tidak dijual dengan harga RM5. Percayalah.

Paling-paling pun RM7 atau RM8 dan ke atas sahaja. Jika ada yang masih menjual dengan harga serendah itu, itu rezeki anda. Masih murah dan berpatutan.

Dan kalau tak nak beli, janganlah menyebarkan fitnah yang tidak sepatutnya. Kasihan peniaga hilang pelanggan hanya kerana ‘mulut’ sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd