[Video] “Pergi Balik Malaysia” – Warga Singapura Halau Pemuda Ini Balik Negara Asal Kerana Isu Kerusi Dalam MRT
Lelaki warga Singapura itu menyuruh pemuda Malaysia tersebut pulang ke negara asal dan jangan datang kerana menginginkan mata wang Dolar Singapura.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kalau anda perasan, di dalam setiap pengangkutan awam pasti akan menyediakan tempat duduk khas untuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga wanita mengandung.
Sebagai pengguna yang prihatin, kita juga digalakkan untuk mengutamakan golongan tersebut ketika menaiki pengangkutan awam.
Berlaku perselisihan faham kerana isu tempat duduk warga emas dalam MRT Singapura
Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@w4yn3), satu pertengkaran berlaku melibatkan seorang pemuda dipercayai rakyat Malaysia dan juga lelaki warga Singapura yang agak berusia.
Dalam video berkenaan, pertengkaran dalam bahasa Mandarin itu berlaku di dalam sebuah gerabak MRT ketika kedua-dua mereka duduk bertentangan satu sama lain.

Memetik laporan Singapore Uncensored, pergaduhan itu yang berlaku di Singapura difahamkan berpunca daripada tempat duduk yang dikhaskan untuk warga emas di dalam gerabak tersebut.
Lelaki warga Singapura itu memarahi pemuda berkenaan dengan nada kasar ekoran tindakannya yang duduk di kerusi khas untuk golongan lebih berusia.
Namun, tegurannya membuatkan pemuda dari Malaysia itu marah dan menegur cara percakapan lelaki tersebut.
Tetapi tanpa disangka, warga emas itu membalas teguran yang diterima dengan menyuruh pemuda berkenaan pulang ke negara asalnya di Malaysia dan jangan datang hanya semata-mata menginginkan mata wang Dolar Singapura.
Bengang dengan apa yang dikatakan oleh warga emas itu, pemuda berkenaan mencabar lelaki tersebut untuk bangun dan menumbuknya tetapi ‘ajakan’ itu tidak diendahkan.
Orang ramai beri pelbagai reaksi berbeza
Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki warga Singapura itu memarahi pemuda Malaysia di dalam MRT.


Malah ada juga yang berpendapat orang muda juga boleh duduk di kerusi khas itu sekiranya tiada golongan memerlukan di dalam gerabak itu.


Bukan itu sahaja, pengguna media sosial yang lain juga berkata isu yang berlaku itu hanya melibatkan sikap mereka dan tiada kaitan dengan kewarganegaraan kedua-dua pihak.



Tetapi segelintir pengguna media sosial pula berkata kedua-dua pihak salah dalam situasi itu.

Kita sama-sama nak naik pengangkutan awam.
Jadi, apa kata masing-masing saling peka dengan kawasan sekeliling. Kalau ada benda tak puas hati, bincanglah dengan baik.
BACA JUGA: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.