Now Reading
Kepala Kanak-kanak Lelaki 10 Tahun Tersekat Dalam Kon Lebih 30 Minit

Kepala Kanak-kanak Lelaki 10 Tahun Tersekat Dalam Kon Lebih 30 Minit

Kepala mangsa tersangkut dalam kon selepas rakannya memasukkan terlalu kuat sehingga tidak boleh dikeluarkan.

Farahin Fadzil
Kepala Murid Darjah 4 Tersangkut Dalam Kon Lebih30 Minit

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Suasana cemas dilaporkan berlaku semalam di Sekolah Kebangsaan Api-Api di Pontian, Johor petang semalam (27 September) selepas seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tersangkut kepala dalam sebuah kon.

Memetik laporan Astro Awani, kanak-kanak lelaki itu terpaksa menahan sakit lebih 30 minit untuk membolehkan kepalanya dikeluarkan daripada kon tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Mohd Ezal Azman memaklumkan pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.28 tengah hari dan terus bergegas menghantar pasukan penyelamat untuk membantu mangsa.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah memotong kon berkenaan menggunakan perlatan khas untuk membolehkan kepala mangsa dikeluarkan dengan selamat pada jam 1.55 petang.

Mangsa difahamkan bersekolah pada sesi pagi dan ketika kejadian dia sedang bermain dengan rakan-rakan sementara menunggu dijemput pulang dari sekolah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Mohd Ezal Azman.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas rakan mangsa memasukkan kon terlalu kuat ke dalam kepala mangsa sehingga tidak boleh ditanggalkan.

BACA JUGA: Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd