Now Reading
Cara Fail Saman Tuntutan Kecil Seperti Hutang Atau Saman Nilai Bawah RM5K Tanpa Peguam

Cara Fail Saman Tuntutan Kecil Seperti Hutang Atau Saman Nilai Bawah RM5K Tanpa Peguam

Jika hutang yang ingin dituntut adalah melebihi RM5,000, anda disarankan untuk melantik peguam dan menghantar Letter of Demand (LOD) yang akan diuruskan sendiri oleh peguam berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menerusi pemerhatian kami di media sosial, sejak kebelakangan ini ramai pengguna media sosial yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati mengenai sejumlah wang ‘tunai’ yang didakwa ditukar menjadi ‘kredit’ tanpa dipulangkan semula oleh sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

Perkara itu walau bagaimanapun telah berulang kali dibahaskan oleh sesetengah pihak, namun didapati masih tiada tindakan lanjut dikenakan.

BACA JUGA: Fly High! AirAsia Lancar Jualan Tempat Duduk FREE Hari Ini. Ada 5,000,000 Slot!


Tiket Penerbangan Batal, Wang Tidak Dikembalikan Dalam Bentuk Tunai. Hanya ‘Kredit’.

Malah pada tahun lalu, salah seorang ‘mangsa’ yang dilaporkan telah membeli tiket penerbangan untuk ke Kemboja di atas tujuan melancong bersama keluarga namun terpaksa membatalkan perancangan tersebut gara-gara pandemik Covid-19 melanda negara.

Meskipun pelbagai halangan telah dilalui oleh individu berkenaan, pihak syarikat penerbangan masih tidak berjaya untuk mengembalikan semula wang tunai sebanyak RM5,000 walaupun perjalanan telah dibatalkan. Pihak syarikat hanya menawarkan pulangan secara ‘kredit’ untuk jumlah RM5,000 itu.

Oleh yang demikian, individu tersebut terpaksa menggunakan cara yang lebih profesional dengan memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna pada Julai tahun lalu. Selepas beberapa kelewatan akibat Covid-19, perbicaraan dijadualkan pada Januari 2021.

Walau bagaimanapun, setelah bersusah-payah menguruskan kes berkenaan, pihak syarikat penerbangan terlibat akhirnya memulangkan kembali wang tunai berjumlah RM5,000 itu kepada individu tersebut dalam tempoh yang diberikan.


Cara Untuk Tuntut Hutang Atau Saman Nilai Di Bawah RM5,000 Tanpa Lantik Peguam

Kes yang semakin berlarutan ini telah meraih perhatian seorang pengguna Twitter, merangkap peguam (@tattyhassan) dilihat turut membahaskan topik berkenaan dengan tuntuan hutang atau saman untuk apa-apa yang bernilai di bawah RM5,000.

Pendek kata, anda boleh failkan saman tuntutan kecil ini tanpa perlu melantik peguam untuk menguruskannya. Hanya dengan cara yang betul, semuanya boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Ikuti tips yang diberikan oleh Tatty seperti di bawah:

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Berikut pula merupakan garis panduan untuk failkan saman mengikut Prosedur Mahkamah Tuntuan Kecil (Mahkamah Majistret Kuala Lumpur).

tuntut hutang

Nota kaki: Ini hanyalah bagi tuntutan jumlah kecil iaitu kurang daripada RM5,000 sahaja. Jika hutang yang ingin dituntut adalah melebihi RM5,000, anda disarankan untuk melantik peguam dan menghantar Letter of Demand (LOD). Peguam anda akan membantu menguruskan segalanya perihal apa yang perlu dilakukan selepas itu.

Apa-apa pun, cuba untuk cari peguam yang boleh menerima pembayaran sesuai dengan tuntutan yang ingin dibuat. Janganlah nak tuntut RM10,000, tapi kena bayar peguam sahaja dah RM8,000. Rugi namanya tu.

BACA JUGA: AirAsia Perjelas Isu ‘Refund’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd