Now Reading
‘Tilit-Tilit Cinta’ Jadi Drama Bersiri Dialek Sarawak Pertama Tayang Di Netflix

‘Tilit-Tilit Cinta’ Jadi Drama Bersiri Dialek Sarawak Pertama Tayang Di Netflix

Drama bersiri Tilit-Tilit Cinta yang menggunakan dialek Sarawak sudah mula ditayangkan di Netflix sejak 16 September lalu.

Tilit-tilit Cinta Jadi Drama Dialek Sarawak Pertama Di Netflix

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Netflix adalah platform antarabangsa yang membolehkan pengguna mereka menonton drama serta filem tempatan dan antarabangsa. Tapi tak banyak karya tempatan kita yang berjaya menembusi ke platform ini.

Sebelum ini, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru sahaja ditayangkan di Netflix bermula 16 September lalu bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

BACA JUGA: Filem Mat Kilau Kini Boleh Ditonton Di Netflix Mulai 16 September Ini

Sejak tayangan pertamanya di Netflix, ada pelbagai komen negatif dan juga positif diberikan oleh orang ramai.

Drama bersiri dialek Sarawak yang pertama ditayangkan di Netflix

Baru-baru ini, sebuah drama karya tempatan bertajuk Tilit-Tilit Cinta telah mencipta sejarah selepas menjadi produksi pertama menggunakan dialek Sarawak yang ditayangkan di Netflix.

Drama bersiri dengan 13 episod itu mula ditayangkan sejak 16 September lalu.

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah:

  • Haziq Fadhullah
  • Dee Dee A’iene
  • Ritchie Henry
  • Declan Francis
  • Yana Melanos
  • Javenson Serit
  • Kahar Jini
Sumber: Netflix

Menurut laporan TVS, Tilit-Tilit Cinta diterbitkan oleh Vian Media dan juga diadaptasi daripada teater Latif Maryam yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD).

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Profesor Dr Md Nasir Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada TVS serta kru produksi yang telah berjaya membawa karya mereka ke dalam Netflix.

Sumber: Twitter/haziq_fadhullah

Menurutnya lagi, drama itu berpotensi untuk mempromosikan kepelbagaian sosio budaya masyarakat Sarawak dan pasti boleh menarik ramai penonton tempatan mahupun antarabangsa.

Kejayaan ini membukti karya kreatif yang dihasilkan oleh penggiat seni di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai untuk ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia meskipun menggunakan dialek Sarawak sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.

Drama bersiri Tilit-Tilit Cinta ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ujang yang sentiasa bernasib malaang lebih-lebih lagi selepas dia ditinggalkan oleh tunangnya dan dibuang kerja pada hari yang sama.

Takdir telah mempertemukan Ujang dengan seorang gadis bernama Merry di atap sebuah bangunan dengan kedua-duanya mempunyai salah faham kerana menyangka masing-masing hendak terjun.

Sumber: Netflix

Ramai yang tumpang bangga dan ucap tahniah

Kejayaan ini turut dikongsikan di media sosial oleh penulis lagu dan penyanyi OST filem tersebut menerusi akaun Twitter miliknya (@fleursteff).

Malah, ramai juga yang turut mengucapkan tahniah kepada produksi drama Tilit-Tilit Cinta atas kejayaan mereka.

Kalau anda nak tahu cerita ini best atau tidak, jom tengok di Netflix. Kalau bukan kita yang sokong karya tempatan, siapa lagi?

Kalau tak jumpa tajuk Tilit-Tilit Cinta, boleh cuba cari nama dalam bahasa Inggeris iaitu Spying Your Love.

Selamat menonton!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd