Now Reading
[Video] Lelaki Ini ‘Naik Angin’ Juruteknik Salah Pasang Kompresor Aircond Dalam Bilik Tidur

[Video] Lelaki Ini ‘Naik Angin’ Juruteknik Salah Pasang Kompresor Aircond Dalam Bilik Tidur

Selalunya orang pasang kompresor aircond luar rumah, ini dipasang dalam bilik tidur pula.

[Video] Lelaki 'Naik Angin' Juruteknik Salah Pasang Kompresor Air Cond Dalam Bilik Tidur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba musim panas membahang, ramai akan tercari-cari tempat yang berhawa dingin sebab nak sejuk, betul tak?

Panas waktu tengah hari memang tak boleh bawa bincang.

Boleh dikatakan hampir kesemua rumah akan memasang alat pendingin hawa untuk menjadikan rumah mereka lebih selesa dengan suhu yang sejuk.

BACA JUGA: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa

Juruteknik salah pasang kompresor pendingin hawa dalam bilik tidur

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@piankpoppp_), pemuda ini dilihat ‘naik angin’ ketika mengunjungi rumah ibu saudaranya.

Macam mana tak ‘naik angin’ lepas dia terkejut dengan kompresor pendingin hawa di rumah tersebut dipasang dengan cara yang salah?

Kebiasaannya kompresor untuk mengeluarkan haba panas pendingin hawa dipasang di luar rumah, tetapi kali ini alat itu dipasang di dalam bilik tidur pula.

Juruteknik tersebut juga membiarkan wayar di atas lantai dan katil begitu sahaja. Bahaya!

Bebelan pemuda berkenaan dalam dialek Kelantan telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat jumlah tontonan sehingga 2.2 juta.

@piankpoppp_

sape yg pasag aircond rumah maksedara pian mcm taik ni…mak sedara suruh pian pasag tp pian sibuk wiring bangunan dan rumah…org yg pasag ni dia pasang masa maksedara xde kat rumah lokasi kedai lama rantau panjang

♬ original sound – PianKpopppSyaSya – PianKpopppSyaSya

Siap ada yang bergurau konon rumah boleh jimat sebab ada dua musim

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai jenis reaksi yang diberikan oleh orang ramai selepas melihat video tersebut.

Ada yang beranggapan mungkin ibu saudara pemilik video itu sengaja memasang kompresor dalam bilik kerana ingin menjimatkan kos.

Malah, sempat juga pengguna media sosial yang lain bergurau kononnya rumah itu ada dua musim siap boleh jemur baju dalam bilik waktu hujan.

Alamak, lain macam kes ini. Tak pernah-pernah tengok orang pasang kompresor dalam rumah.

BACA JUGA: Cuaca Semakin Panas, Netizen Beri Cadangan Bagi Aircond Sebagai Hantaran Kahwin


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd