Ramai ‘Jealous’ Dr Amalina Bakri Boleh Cuti Bersalin Hampir Setahun. Siap Dapat Gaji Penuh Lagi!
Dr Amalina Bakri diberi peluang untuk mengambil cuti bersalin selama setahun tetapi bercadang untuk hanya mengambil selama 10 bulan sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terdahulu, Dr Amalina Che Bakri yang merupakan pakar bedah kelahiran Malaysia di United Kingdom mengumumkan berita gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata sulung bersama suami warganegara British.
Dr Amalina berusia 35 tahun itu juga dikatakan akan memilih kerakyatan British buat anaknya meskipun menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai.
BACA JUGA: Dr Amalina Bidas Kritikan Orang Ramai Tentang Status Rakyat British Untuk Anak Sulungnya
Dr Amalina Bakri ambil cuti bersalin hampir setahun dan diberi gaji penuh lima bulan
Baru-baru ini, Dr Amalina membuka ruang soalan di akaun Instagram (@dramalinabakri) untuk memberi peluang kepada pengikutnya bertanya tentang apa-apa perkara.
Antara soalan yang diterima oleh beliau adalah tentang tempoh cuti bersalin yang diterima olehnya.
Menurutnya lagi, beliau diberi peluang untuk mengambil cuti bersalin selama setahun tetapi bercadang untuk hanya mengambil selama 10 bulan sahaja.
Saya boleh ambil cuti bersalin (maternity leave) sehingga tempoh satu tahun. Rasanya mungkin saya akan ambil cuti 10 bulan dan Alex (suami) boleh ambil cuti juga selama dua bulan.
Dr Amalina Che Bakri.
Bukan itu sahaja, Dr Amalina juga menjelaskan beliau turut menerima gaji penuh selama lima bulan oleh syarikat majikannnya manakala tempoh selepasnya itu akan dibayar oleh kerajaan di sana.
Rakyat Malaysia cemburu Dr Amalina dapat cuti bersalin lama
Perkongsian jawapan tentang persoalan yang diajukan kepada Dr Amalina menerusi akaun Instagram miliknya telah mendapat perhatian di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@tycatttt).
Wehhhhh kalau macam ni punya benefits aku pun takkan balik kerja kat malaysia, up to 1year maternity leave?!!!!! malaysia 3month ja weh 😫😫😫 pic.twitter.com/0gmWmElEWw
— ty (@tycatttttt) September 11, 2022
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia agak cemburu dengan pakar bedah tersebut kerana diberi peluang mendapat tempoh cuti bersalin yang lama.
Jika diikutkan perundangan terkini di Malaysia, cuti bersalin bagi para ibu adalah selama 90 hari manakala cuti paterniti bagi bapa pula adalah selama tiga hari.
Klu kat Msia, klu dpt cuti pun, ada je org dengki dan buat mulut. Paling simple pun akan sindir². Terpaling mesra katanya.
— Nabil Abdullah 🇲🇾🇸🇬🇮🇩🇨🇳 (@Nabil_Malaysia) September 12, 2022
"untung la dpt cuti lame.. akak dlu dpt 2bulan je".. contoh toxic kt Malaysia
— A. Fadhil Faisal (@fadhil_junsu) September 12, 2022
Boleh jaga/bonding time dengan baik bersama anak. Wahh
— ᗢ QueenofResdung ᗢ (@syfzxi_) September 12, 2022
Pada masa sama, ada juga yang turut berkongsi tempoh cuti bersalin mengikut majikan masing-masing.
Ada yang dapat cuti lama, yang sekejap pun ada juga. Boleh dikatakan setiap syarikat berbeza-beza polisi mereka.
Kalau dapat cuti panjang pun seronok juga. Boleh luangkan masa untuk jaga anak lama sikit.
BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.