Now Reading
Apa Akan Terjadi Selepas Queen Elizabeth II Mangkat? Ini Penjelasannya

Apa Akan Terjadi Selepas Queen Elizabeth II Mangkat? Ini Penjelasannya

Antaranya adalah sepanjang 10 hari tempoh berkabung berjalan, kesemua stesen televisyen khususnya BBC akan memutarkan dokumen tersedia sebagai tanda penghormatan kepada Ratu Elizabeth.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (9 September), satu dunia telah dikejutkan dengan berita pemergian Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland di usia 96 tahun di samping keluarganya.

Umum sedia maklum bahawa baginda merupakan raja paling lama yang pernah menduduki takhta di United Kingdom (UK), yakni selama 70 tahun.

Susulan berita kemangkatan baginda, putera tertua baginda iaitu Putera Charles, hari ini dengan serta-merta ditabalkan sebagai Raja Charles III dan dijangka akan mengambil takhta secara rasmi dalam masa terdekat dipercayai pada Sabtu ini (10 September) di Istana St James, London.

Walau bagaimanapun, beberapa persoalan turut timbul dalam kalangan rakyat dan orang ramai iaitu, selain Raja Charless III diangkat sebagai Raja, apakah perkara lain yang bakal terjadi selepas kemangkatan Ratu Elizabeth?


Operasi London Bridge Diaktifkan

Untuk pengetahuan semua, sebaik kemangkatan Ratu Elizabeth, Operasi London Bridge yang merupakan kod/kata laluan untuk perancangan upacara pengebumian baginda akan diaktifkan dan United Kingdom (UK) mulai berkabung selama 10 hari.

Setiausaha Sulitnya, Edward Young akan memberikan mesej berkenaan kepada Perdana Menteri, Liz Truss dengan nota ringkas berbunyi, “London Bridge is down”.

Sumber: Royal UK

Setelah itu, Perdana Menteri akan menyusun jadual perjalanan Operasi London Bridge dimulakan dengan pengumuman kepada dunia luar dan akan didahului oleh 15 kerajaan yang mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai ketua negara, diikuti dengan 36 negara dan pemimpin Komanwel lain di seluruh dunia.

Manakala, bendera di UK dan seluruh Komanwel akan diturunkan separuh tiang. Kesemua jadual siaran televisyen dan radio di UK juga bakal dikemaskini bagi memberikan penghormatan berikutan kemangkatan baginda ini.

Sepanjang 10 hari tempoh berkabung berjalan, kesemua stesen televisyen khususnya BBC akan memutarkan dokumen tersedia sebagai tanda penghormatan kepada Ratu Elizabeth. Manakala, rancangan yang berbentuk komedi ataupun hiburan akan dihentikan buat sementara waktu.

Simbol Ikonik Ditukar: Pingat, Setem, Duit Kertas, Syiling & lain-lain

Kemangkatan ini juga akan menyebabkan kesemua simbol dan ikonik pada barangan termasuk pingat, setem, duit kertas, syiling yang sebelum ini menggunakan potret baginda, bakal digantikan secara perlahan-lahan dengan potret anaknya, Raja Charles III.

Malah, kesemua premis perniagaan dan urus niaga saham juga akan ditutup sebagai tanda penghormatan.

Hari sebelum upacara pengebumian, Raja Charles III akan mengangkat sumpah setia sebagai Raja dan juga Ketua Kerajaan United Kingdom (UK) dengan diiringi oleh 41 das tembakan hormat di Hyde Park, London. Dan seterusnya memberikan ucapan rasmi pertamanya.

Lagu Kebangsaan Ditukar Lirik

Tidak terhenti di situ sahaja, lirik dan tajuk Lagu Kebangsaan Britain juga dijangka akan ditukar dari ‘God Save The Queen’ kepada ‘God Save The King’.

Ia memandangkan monarki kini berada di bawah Raja Charles III.

Beberapa perubahan lain juga dijangka bakal dilakukan termasuk wajah pasport, uniform pasukan keselamatan (polis dan tentera) dan lain-lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd