“Tak Lepas Masuk Exam Kelas Memandu” – Lelaki Melayu Dipuji Bagi Pinjam Baju Berkolar Kepada Pelajar Cina
Pemuda berbangsa Cina berbaju biru itu difahamkan dihalang daripada mengambil ujian memandu kerana tidak memakai baju berkolar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kita berpeluang untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Perbezaan budaya dan agama yang dianuti tidak menjadi penghalang untuk masyarakat saling membantu ketika berada dalam keadaan yang memerlukan.
BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’
Lelaki berbangsa Melayu hulur baju dengan sopan untuk diberi pinjam kepada pemuda bangsa Cina
Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@eeqramazizi), seorang pemuda berbangsa Cina berbaju biru itu difahamkan dihalang daripada mengambil ujian memandu kerana tidak memakai baju berkolar.
Dalam keadaan terdesak itu, pemuda tersebut mencuba nasib dengan menegur seorang lelaki berbangsa berbangsa Melayu berpakaian berwarna oren yang tidak dikenali berhampiran premis tersebut.
Nasib menyebelahi pemuda berkenaan selepas lelaki berbangsa Melayu itu dengan rela hati meminjamkan baju T-shirt berkolar yang dipakai kepadanya.
Situasi itu bertambah menarik apabila lelaki berpakaian oren itu dilihat melipat bajunya dengan kemas sebelum memberinya kepada pemuda tersebut.
@eeqramazizi ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebab baju tak berkolar apa apa pon terbaik malaysiaku #semangatmalaysia #f
♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee
Umum sedia maklum, urusan rasmi seperti menjawab ujian memandu bagi mendapatkan lesen perlulah mematuhi etika pakaian yang ditetapkan iaitu iaitu memakai kemeja atau T-shirt berkolar.
Orang ramai tabik cara lelaki Melayu itu pinjamkan baju
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial memuji kebaikan yang dilakukan oleh lelaki berbaju berwarna oren itu yang dilihat sanggup membuka bajunya untuk dipinjamkan kepada individu tidak dikenali.




Malah ada yang berpendapat politik cuba untuk memisahkan masyarakat tetapi kalau diikutkan sebenarnya rakyat Malaysia masih berbaik antara satu sama lain.

Dalam pada itu, seorang wanita tampil menjelaskan bahawa lelaki berbaju oren di dalam video tersebut adalah ayahnya.
Katanya ayahnya memang selalu pakai baju dua lapis sebab sejuk nak bawa motosikal pergi kerja waktu pagi.

Apa-apa pun, bangga jadi rakyat Malaysia!
Walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya, tetapi kita semua masih hidup harmoni.
Bersyukur juga sebab dalam pada masa sama kita boleh belajar budaya masyarakat kaum lain.
BACA JUGA: Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.