Now Reading
Terpaksa Tutup Muka Guna Kain & Topi, Ustaz Kazim Tetap Semangat Beri Ceramah Agama

Terpaksa Tutup Muka Guna Kain & Topi, Ustaz Kazim Tetap Semangat Beri Ceramah Agama

Ketika memberikan ceramah, Ustaz Kazim Elias menjelaskan dia terpaksa menutup wajahnya dengan kain dan topi kerana kulitnya kini agak sensitif dengan cahaya.

Ustaz Kazim Elias Beri Ceramah Pakai Penutup Muka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdahulu, pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias dikatakan telah terkena ‘penyakit misteri’ selepas keadaan kesihatannya merosot secara tiba-tiba.

Difahamkan, kakinya menjadi bengkak dan menyukarkan dia untuk berjalan sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Malah, ada yang mendakwa 70% wajah Ustaz Kazim telah berubah dari bentuk asal. Matanya dikatakan semakin cengkung dan lebam serta bahagian bibir menjadi hitam.

Menurut pendakwah tersebut, dia memaklumkan berkemungkinan terkena penyakit ain dan kini sedang menerima rawatan.

BACA JUGA: Wajah Ustaz Kazim Elias Berubah 70% Dari Asal Lepas Terkena Penyakit Ain

Ustaz Kazim terpaksa tutup muka guna kain dan topi ketika beri ceramah

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Facebook milik pendakwah berkenaan (Dato’ Ustaz Mohd Kazim), Ustaz Kazim dilihat muncul memberi ceramah dalam keadaan wajahnya bertutup dengan kain dan memakai topi bercorak celoreng.

Ketika memberikan ceramah, Ustaz Kazim menjelaskan dia terpaksa menutup wajahnya dengan kain kerana kulitnya kini agak sensitif dengan cahaya.

Walaupun belum sihat sepenuhnya, Ustaz Kazim tetap tampil bersemangat memberikan ceramah tentang Yakjuj dan Makjuj.

Ramai luah rasa sedih tengok keadaan Ustaz Kazim

Meskipun sudah hampir setahun dilanda penyakit misteri, ramai yang tetap prihatin dan simpati melihat keadaan Ustaz Kazim.

Rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan Ustaz Kazim agar kembali sembuh seperti sedia kala daripada ‘penyakit misteri’ yang dialami.

Semoga Ustaz Kazim Elias kuat menghadapi dugaan ini dan sama-sama kita doakan pendakwah tersebut kembali sihat seperti normal.

BACA JUGA: Isu Disihir, Ustaz Kazim Dedah Sudah 6 Individu Tampil Mohon Maaf [Video]


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd