Now Reading
Sekumpulan Lelaki Berjalan Sekitar KL Dengan Gaya 70an Curi Perhatian Ramai. Nostalgia!

Sekumpulan Lelaki Berjalan Sekitar KL Dengan Gaya 70an Curi Perhatian Ramai. Nostalgia!

Perjumpaan pertama kali anjuran 70’s Revival yang disertai oleh 70 orang pada Sabtu lalu (20 Ogos) diadakan dengan tema pakaian zaman 70an.

Sekumpulan Lelaki Berjalan Sekitar KL Dengan Gaya 70an Curi Perhatian Ramai. Nostalgia!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap generasi akan ada gaya tersendiri. Macam-macam jenis ‘style’ yang pernah terkenal suatu ketika dahulu seperti hip hop, hipster dan sebagainya.

Bila sebut gaya pakaian tahun 70an, mesti ada boleh terbayang macam mana kan? Memang automatik teringat gambar ibu bapa kita ketika mereka zaman muda dengan menggayakan pakaian klasik retro.

Berjalan sekitar KL sambil menggayakan pakaian 70an

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sekumpulan lelaki dilihat bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan menggayakan pakaian ala-ala di zaman tahun 70an.

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Facebook (70’s Revival), perjumpaan yang pertama kali diadakan pada Sabtu lalu (20 Ogos) disertai oleh 70 orang dengan tema pakaian 70an.

Sumber: Facebook/70’s Revival

Kalau anda lihat fesyen 70an yang digayakan oleh setiap individu, memang unik dan suasananya rasa seperti anda sedang berada dalam tahun 70an.

Sumber: Facebook/70’s Revival

Video suasana ketika kumpulan ini berjalan-jalan di sekitar ibu kota turut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (jorahmang) yang sudah pastinya menggamit kenangan ketika zaman 70an.

Ramai ‘throwback’ gambar ayah waktu zaman muda

Di ruangan komen hantaran berkenaan, ramai yang terpesona dengan gaya santai oleh kumpulan tersebut ketika ditemui orang awam di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Malah perjumpaan kumpulan ini membuatkan ramai mula ‘throwback’ gambar ayah mereka semasa muda.

Kalau ibu bapa kita melihat suasana ini, mesti mereka akan teringat waktu zaman-zaman muda. Sekali tengok memang ‘kena’ betul pakaian mereka dengan zaman 70an.

Memang ‘stylo’!

BACA JUGA: 7 Nostalgic Raya Ads That’ll Take You Down Memory Lane


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd