Now Reading
[Video] Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh

[Video] Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh

Pelajar berbangsa India itu menyuap makanan kepada rakannya yang menghidap Sindrom Down ketika sesi rehat di sebuah sekolah pendidikan khas.

Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Waktu zaman sekolah dulu boleh dikatakan ada macam-macam jenis orang yang kita jumpa. Yang jenis suka menolong cikgu, suka tidur dalam kelas, kerap pergi tandas dan banyak lagi.

Anda pun waktu sekolah mesti ada kawan rapat kan? Siap ‘best friend’ sampai sekarang!

Pelajar bangsa India suap makanan kepada kawan hidap Sindrom Down

Menerusi sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@azizahazedi), seorang pelajar sekolah berbangsa India dilihat menyuapkan makanan kepada rakannya yang difahamkan menghidap penyakit Sindrom Down.

Rakaman video itu sempat diambil oleh seorang guru ketika sesi rehat di sebuah sekolah pendidikan khas.

Menurut guru tersebut, gadis yang menghidap Sindrom Down itu mempunyai masalah rabun serta makan agak lambat.

Kalau anda perhatikan betul-betul, memang dapat tengok betapa ikhlas rakan berbangsa India itu menyuapkan makanan yang dibekalkan kepada rakannya itu.

Video tersebut telah meraih 527,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@azizahazedi

Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi

♬ original sound – azizahazedi – azizahazedi

Ramai puji tindakan baik hati pelajar berbangsa India itu

Di ruangan komen video berkenaan, kebanyakan pengguna media sosial memuji tindakan pelajar perempuan berbangsa India itu ikhlas menolong rakannya.

Ramai juga memuji didikan ibu bapa serta guru pelajar tersebut membentuk sahsiah peribadi yang begitu baik.

Semangat satu Malaysia juga dikatakan tersalah dalam video ini walaupun mereka berdua berlainan bangsa dan agama.

Bertuah ada kawan yang baik macam ini. Kami pun terharu tengok dia suap kawan dia macam ibu suap anak.

BACA JUGA: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd