Now Reading
“Tak Nampak Apa”- Penonton Konsert Billie Eilish Kecewa Beli Tiket Lebih RM500 Tapi Pentas Terlalu Jauh

“Tak Nampak Apa”- Penonton Konsert Billie Eilish Kecewa Beli Tiket Lebih RM500 Tapi Pentas Terlalu Jauh

Rata-rata penonton konsert Billie Eilish di bahagian tempat duduk menganggap tiket berharga RM500 tidak berbaloi dengan ‘view’ yang terlalu jauh.

Peminat Billie Eilish Kecewa Pentas Kecil, Banyak Ruang & Audio ‘Hauk’

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak Billie Eilish membuat pengumuman bakal membuat konsert sulungnya di Malaysia, ramai peminat di negara ini meluahkan rasa teruja dan berebut-rebut membeli tiket.

BACA JUGA: Billie Eilish Live In Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 18 Ogos 2022!

Penantian mereka untuk menyaksikan konsert Billie Eilish di Malaysia akhirnya tercapai semalam (18 Ogos) selepas penyanyi lagu Bad Guy ini membuat Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Kuala Lumpur.

Sebelum dibenarkan memasuki stadium tersebut, ramai sanggup beratur panjang dari awal pagi dan berpanasan semata-mata mahu mendapatkan tempat terbaik bagi menonton konsert yang berlangsung pada jam 8.30 malam.

BACA JUGA: [Video] Siap Bawa Maggie Cup! Remaja Sanggup Bangun Seawal 4 Pagi Demi Konsert Billie Eilish

Penonton konsert Billie Eilish kecewa dengan ‘set up’ penganjur

Di sebalik keterujaan ini, ramai meluahkan kekecewaan dengan penganjur konsert tersebut kerana dikatakan tidak membuat sususan yang terbaik kepada para penonton.

Rata-rata mereka yang membeli tiket di tempat duduk dikatakan mempunyai ruang terlalu jauh dengan pentas dan menganggap tiket berharga RM500 tidak berbaloi dengan ‘view’.

Malah, terdapat ruang yang terlalu banyak di bahagian kiri dan kanan pentas bagi membezakan kategori penonton.

Malah usahawan dan personaliti media sosial iaitu Khairul Aming turut berpendapat bahawa sistem audio kurang jelas hingga menyebabkan penonton tidak dapat mendengar sepenuhnya nyanyian Billie Eilish.

Ramai beri nasihat agar penganjur tidak ulang silap sama

Tidak dinafikan, rungutan yang diluahkan oleh penonton konsert Billie Eilish semalam kini menjadi bualan hangat di media sosial.

Dalam pada itu, orang ramai menyarankan pihak penganjur untuk mengambil contoh beberapa konsert yang diadakan di luar negara.

Beberapa lokasi konsert yang lebih sesuai turut dicadangkan seperti Axiata Arena, Stadium Malawati atau Stadium Merdeka.

Diharapkan kelemahan yang dilakukan oleh pihak penganjur ini boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk beberapa konsert yang bakal berlangsung pada masa akan datang.

BACA JUGA: Billie Eilish And Finneas Spotted At Sungei Wang Plaza


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd