Now Reading
[Video] Hanya Berkaki Ayam, Murid Sekolah Dari Sarawak Jadi Juara Rentas Desa

[Video] Hanya Berkaki Ayam, Murid Sekolah Dari Sarawak Jadi Juara Rentas Desa

Shakira yang berusia 12 tahun dari Sarawak itu lebih selesa berkaki ayam ketika merentas desa atas jalan tar pada jarak empat kilometer.

Murid Sekolah Dari Sarawak Juara Rentas Desa Dengan Berkaki Ayam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Waktu sekolah dulu boleh dikatakan setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan aktiviti merentas desa untuk bersaing dengan kumpulan berbeza mengikut warna rumah sukan.

Jadi, kasut sukan adalah salah satu kelengkapan penting sebelum memulakan aktiviti merentas desa bagi memastikan keselesaan sepanjang larian.

Tetapi lain pula dengan aksi seorang murid sekolah rendah ini ketika dia menyertai Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di SSN SMK Bukit Nenas, Terengganu.

Murid perempuan dari Sawarak rentas desa dengan berkaki ayam

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang penggguna Facebook (Suadi Lyn), acara merentas desa peringkat kebangsaan anjuran MSSM itu mendapat perhatian selepas seorang peserta iaitu murid sekolah rendah dari Sarawak dilihat berkaki ayam ketika merentas desa.

Sehari sebelum acara, difahamkan hujan turun dengan renyai dan menyebabkan trek larian agak licin.

Pada awalnya, murid sekolah rendah itu yang dikenali sebagai Shakira Onie Anak Henry diminta untuk memakai kasut tetapi dia enggan berbuat demikian kerana risau lariannya akan terganggu kerana trek yang licin.

Akur dengan keputusan Shakira, pelatihnya membalut kaki murid sekolah rendah tersebut dengan pembalut sebelum memulakan larian.

Dengan mengekalkan larian pace 4.0, Shakira berusia 12 tahun berjaya menamatkan trek larian sejauh empat kilometer dalam tempoh 16 minit sebelum dinobatkan sebagai juara peringkat kebangsaan.

Pelatih Shakira tolak tajaan kasut dari pihak lain

Melihat ramai yang baik hati ingin menaja peralatan sukan kepada Shakira, pelatih tersebut dikenali sebagai Cikgu Afdal Syharmeezan tampil memberikan penjelasan menerusi hantaran di muat naik di laman Facebook (Afdal Shyarmeezan).

Afdal menjelaskan dia terpaksa menolak tajaan diterima oleh beberapa pihak yang ingin membeli kasut kepada Shakira selepas melihat aksi anak muridnya itu berkaki ayam ketika merentas desa.

Menurutnya, pihak sekolah telah menyediakan dua pasang kasut kepada Shakira malah dia juga risau sekiranya berlaku pembaziran.

Pada masa sama, Afdal juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang baik hati ingin menghulurkan bantuan.

Ramai ucap tahniah kepada Shakira

Aksi Shakira merentas desa sambil berkaki ayam telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai pihak.

Rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah dan kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Shakira sehingga berjaya menjadi juara.

Wah, memang tabiklah dengan dia. Kita yang merentas desa pakai kasut pun belum tentu boleh jadi juara. Peringkat kebangsaan ya, bukan biasa-biasa!

BACA JUGA: [Foto] Lukisan Gadis Malaysia Dipilih Sebagai Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd