Now Reading
[Video] Lelaki ‘Suap’ Vape Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf Lepas Terima Kecaman Orang Ramai

[Video] Lelaki ‘Suap’ Vape Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf Lepas Terima Kecaman Orang Ramai

Lelaki itu meminta maaf atas tindakannya memasukkan vape yang didakwa tidak lagi berfungsi ke dalam mulut seorang bayi.

[Video] Lelaki 'Suap' Vape Dalam Mulut Bayi Tampil Mohon Maaf

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Bayi adalah ibarat kain putih”. Ungkapan ini memberi maksud bahawa anak-anak kecil akan mengikut corak kehidupan yang dibentuk oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Sebagai orang dewasa, kita kena tunjukkan contoh baik kepada golongan kanak-kanak kerana mereka mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan akan mempengaruhi perkembangan diri pada masa akan datang.

BACA JUGA: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

Golongan dewasa sengaja memasukkan vape ke dalam mulut bayi

Namun lain pula yang berlaku apabila seorang lelaki bertindak seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan dan kesihatan bayi apabila mendedahkannya dengan rokok elektronik.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna Twitter (@fanaizty), seorang lelaki dipercayai telah secara sengaja menyuapkan vape ke dalam mulut seorang bayi.

Video berdurasi 15 saat menunjukkan bayi berkenaan tertanya-tanya dan cuba untuk menyedut vape tetapi tidak mengeluarkan sebarang asap.

Lelaki itu dan perakam juga sempat membuat gurauan kononnya bayi tersebut akan mengeluarkan asap berbentuk huruf ‘O’.

Video menunjukkan tindakan tidak beradab itu telah meraih 899,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Tindakan lelaki itu dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada pengguna media sosial selepas melihat aksi dilakukan oleh lelaki berkenaan terhadap bayi tersebut.

Malah pengguna Twitter yang berkongsi video ini di laman Twitter juga telah membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) berhubung kejadian itu.

Pihak JKM di Bandar Baru Uda memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mengambil tindakan selain daripada memberi nasihat kepada lelaki dan wanita di dalam video tersebut supaya berhati-hati.

Lelaki suap vape ke dalam mulut bayi tampil minta maaf

Lelaki dikenali sebagai Haikal yang telah menyuapkan vape ke dalam mulut seorang bayi telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui satu kenyataan dikeluarkan.

Menurut Haikal, vape tersebut sudah tidak berfungsi dan hanya digunakan untuk tujuan bermain sahaja. Malah dakwaan orang ramai bahawa mereka dia dan seorang lagi wanita sebagai ibu bapa kepada bayi berkenaan juga adalah tidak benar.

Walau bagaimanapun, Haikal mengakui kesilapan dan meminta maaf kepada orang ramai atas tindakannya yang telah tular di media sosial.


Sekiranya ada terjumpa mana-mana aksi atau tindakan tentang isu sosial yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat, boleh terus membuat aduan kepada beberapa pihak bertanggungjawab seperti:

BACA JUGA: Angkara Bawa Anak Kecil Buat Aksi ‘Wheelie’, Bapa Kini Ditahan Polis Johor


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd