Now Reading
Sekolah Di Kedah Sedia Kerusi Buat Murid Ketika Perhimpunan, Ada Pula Yang ‘Bitter’

Sekolah Di Kedah Sedia Kerusi Buat Murid Ketika Perhimpunan, Ada Pula Yang ‘Bitter’

Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Seri Aman di Bedong, Kedah menyediakan kerusi kecil untuk keselesaan setiap murid ketika perhimpunan pagi.

Guru Sediakan Murid Sekolah Kerusi Ketika Berhimpun, Tapi Ada Yang Kata Mereka Manja?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Waktu zaman sekolah dulu mesti akan ada satu hari dalam seminggu di mana semua murid perlu berhimpun di dataran untuk mendengar ucapan dari guru besar tentang ‘update’ mingguan.

Ada sesetengah sekolah meminta murid-muridnya untuk bersila atas jalan tar atau simen di tempat berhimpun. Malah yang berdiri dari awal sehingga habis perhimpunan pun ada juga. Kalau duduk lama-lama pun boleh tahan kematu juga.

Apabila zaman sudah bertukar, pelbagai inovasi serta inisiatif telah dilakukan di sekolah demi memastikan keselesaan setiap murid.

Sekolah sediakan kerusi kecil untuk murid ketika perhimpunan

Baru-baru ini, sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Aman di Bedong, Kedah telah tular di media sosial selepas para guru menyediakan kemudahan kerusi kecil ketika perhimpunan pagi.

Sumber: Facebook/Teacher Collection

Menerusi perkongsian dimuat naik di Facebook (Teacher Collection), dapat dilihat bangku kecil tersebut disusun dengan kemas mengikut jarak yang bersesuaian.

Kerusi kecil yang tersusun rapi itu juga membuatkan barisan para murid tampil lebih kemas dan teratur.

Sumber: Facebook/Teacher Collection

Inisiatif penyediaan kerusi kecil ini terima pelbagai pendapat

Perkongsian tentang inisiatif yang disediakan oleh sekolah berkenaan ternyata mendapat banyak pujian daripada pelbagai pihak kerana dilihat mementingkan keselasaan murid-murid ketika mendengar ucapan guru semasa perhimpunan.

Namun, kemudahan tersebut kurang digemari oleh sesetengah pengguna media sosial kerana beranggapan langkah sedemikian akan membuatkan generasi murid sekolah zaman sekarang kurang berdisiplin.

Malah ramai juga berpendapat penyediaan kerusi kepada murid sekolah akan menjadikan mereka lebih manja.

Pada masa sama, ramai membidas kecaman tersebut dan memberi pandangan bahawa mereka tidak boleh membandingkan cara dilakukan pada zaman dahulu dengan sekarang.

Zaman sudah berubah, jadi langkah yang dilakukan juga perlu lebih berinovasi untuk menggalakan perubahan ke arah positif.


Ada yang cakap kalau duduk waktu perhimpunan itu tak berjiwa kental. Tapi cuba bayangkan kalau murid darjah satu yang baru masuk sekolah kena berdiri lebih 30 minit? Kesian pula.

Tak salah rasanya kalau kita berikan keselesaan untuk mereka di sekolah. Apa pendapat anda semua?

BACA JUGA: 2 Sekolah Awam Di Malaysia Tersenarai Dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd