Now Reading
Rider Penghantar Makanan Lancar Mogok 24 Jam Hari Ini, 5 Ogos

Rider Penghantar Makanan Lancar Mogok 24 Jam Hari Ini, 5 Ogos

Mogok yang dilancarkan atas nama ‘Food Delivery Balckout’ itu difahamkan berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap bayaran yang diterima untuk setiap pesanan.

Rider Penghantar Makanan Lancar Mogok 24 Jam Hari Ini, 5 Ogos

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, sekumpulan rider penghantar makanan di Malaysia melancarkan mogok yang diberi nama ‘Food Delivery Blackout’ selama 24 jam bermula hari ini, 5 Ogos .

Mogok itu dikatakan berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap jumlah pembayaran yang dianggap tidak adil oleh syarikat mereka kepada penghantar makanan.

Salah seorang rider yang hanya dikenali sebagai Ikmal memberitahu kepada Utusan bahawa penghantar makanan yang mengambil bahagian dalam mogok ini akan mematikan aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan sepanjang hari ini (5 Ogos).

Memetik laporan Harian Metro pula, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor telah mengesahkan perkara itu kerana ramai rider yang mengharapkan masalah mereka dapat diselesaikan tetapi masih tiada tindakan segera dari penyedia perkhidmatan.

Zulhelmi difahamkan bahawa mogok itu telah dirancang sejak dua hingga tiga minggu.

Mogokan ini dilakukan oleh rider kerana isu kadar upah yang tidak tetap dan dikatakan keuntungan yang tidak diterima setimpal dengan jumlah penghantaran makanan yang dilakukan.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor.

Para rider juga dikatakan merancang untuk berkumpul beramai-ramai di beberapa lokasi di Lembah Klang sebelum bergerak ke ibu pejabat syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing untuk menghantar memorandum dan nota tuntutan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd