Now Reading
Rico Rinaldi Umum ‘Hijrah Kecil’, Tolak Tempahan Baju Seksi & Tiada Lining

Rico Rinaldi Umum ‘Hijrah Kecil’, Tolak Tempahan Baju Seksi & Tiada Lining

Rico Rinaldi merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan mempunyai kedudukan tersendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bercakap tentang hijrah, konteks ‘hijrah’ ini dalam Islam adalah menerusi hijrah Rasulullah SAW yang dijadikan sebagai inspirasi kepada kita semua untuk terus melakukan perubahan di dalam kehidupan masing-masing.

Peristiwa hijrah telah berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW dan diriwayatkan di dalam beberapa hadis. Antaranya:

“Nabi SAW dilantik menjadi rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah. Maka baginda SAW berhijrah dan menetap di sana selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.” Riwayat Bukhari.

Hijrah Rasulullah SAW bersama sahabat baginda juga telah menjadi titik mula kepada perubahan besar dalam perkembangan agama Islam.


Rico Rinaldi, Pereka Fesyen Terkenal Umum ‘Hijrah Kecil’

Baru-baru ini, seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia iaitu Rico Rinaldi menerusi satu hantaran di Facebook telah mengumumkan bahawa beliau akan bermula melakukan ‘hijrah kecil’ di dalam hidupnya.

Untuk pengetahuan umum, Rico mula membuat keputusan seperti ini setelah mendengar penjelasan padat oleh seorang pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun.

Hijrah berkenaan akan bermula dengan tidak mengambil sebarang tempahan baju yang seksi ataupun tiada ‘lining’. Contohnya, tiada lining di bahagian tangan, ada ‘slit’ ataupun bahagian belakang yang terbuka/terdedah (bare back).

Boss nak buat satu perubahan besar, memang berat. Boss tak boleh nak buat tempatan yang tiada lining atau seksi. Kalau customer tu tak pakai tudung takpe, tapi janji jangan kita yang buatkan baju tu.

Tulis Rico Rinaldi menerusi hantaran WhatsApp.

Terima Tamparan Hebat, Pelanggan Mula ‘Undur Diri’.

Sumber: Hijabista

Oleh disebabkan hijrah kecilnya itu, Rico menyatakan bahawa beliau tidak menyangka sebaik sahaja keputusan ini dibuat, hampir 10 orang pelanggannya minta semua duit deposit/pendahuluan yang telah dibayar oleh mereka.

“Fuh, satu tamparan hebat pernah aku alami.

“Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000 tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata,” tulis Rico.

Rezeki Berkat Bukan Dari Manusia, Tapi Allah SWT.

Menyedari apa yang dilakukan olehnya itu adalah satu perkara baik yang disukai oleh Alla SWT, Rico menjelaskan bahawa dia percaya apa tentang apa yang diperkatakan oleh seorang ustazah iaitu rezeki yang berkat itu bukan manusia yang bagi, tetapi Allah SWT.

“Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga,” jelas Rico.

Mengulas lanjut, Rico berkata, “Kau bayangkan rezeki tak berkat tu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut.

“Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan customer tu pun (contoh: saya buat baju seksi awak ni tapi saya taknak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu.”

Alhamdulillah di atas penghijrahan Rico Rinaldi ini. Semoga Rico sentiasa istiqomah dan konsisten untuk ke jalan Allah SWT. Ameen.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd