Now Reading
Kes Polis Peras Ugut Ditukar Ke Sabah Sarawak, Rakyat Berang Anggap Ia Tak Adil

Kes Polis Peras Ugut Ditukar Ke Sabah Sarawak, Rakyat Berang Anggap Ia Tak Adil

“Kalau buat salah dekat Sabah dan Sarawak, kena hantar mana pula?” luah netizen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini pada 2 Ogos, media melaporkan di mana sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat setelah dipercayai terlibat dalam kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor.

Perkara berkenaan juga menyebabkan kesemua mereka ditukarkan tempat bertugas di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata siasatan berkaitan kesemua anggota terlibat terdiri daripada mereka yang berpangkat konstabel sehingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.

Credit: Ahmad Zamzahuri/Malay Mail

Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak. Siasatan masih dijalankan melibatkan semua aspek dan saya tegaskan bahawa Polis Selangor sama sekali tidak berkompromi terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang kes jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi menerusi Sinar Harian.

Rakyat Tak Puas Hati Tindakan Tukar Lokasi Kerja Anggota Terlibat Ke Sabah & Sarawak

Kes ini bagaimanapun membuatkan orang ramai berasa kurang senang berikutan keputusan di mana kesemua anggota yang terlibat dengan kesalahan peras ugut itu ditukarkan tugasan ke Sabah/Sarawak, dan bukannya dibuang kerja ataupun dikenakan hukuman lain.

Ada juga yang mempersoalkan jikalau mereka di hantar ke Sabah atau Sarawak, dan ‘buat hal’ lagi di sana, di manakah mereka perlu dihantar selepas itu?

Menjengah di Twitter, kami turut mendapati ramai pengguna media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan tindakan yang diberikan terhadap pesalah (anggota polis). Bahkan, segelintir turut mempersoalkan mengapa kesemua mereka tidak terus dibuang kerja.

Bagi menjernihkan keadaan dan menjawab persoalan orang ramai, salah seorang pengguna Twitter turut menjelaskan bahawa jika mengikut prosedur, proses ‘menukar tempat kerja’ ini adalah hukuman sementara sebelum hukuman sebenar dijatuhkan.

Anggota juga dihantar ke Sabah/Sarawak bagi mengelakkan gangguan ke atas siasatan yang sedang dijalankan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd