[Video] “Boleh Ke Minum Sunblock?” – Ramai Pertikai Produk Penjagaan Kulit Keluaran Influencer
Pengasas produk itu mendakwa minuman keluarannya mampu memberi perlindungan kulit daripada sinaran UVA dan UVB.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Malaysia dan cuaca panas memang tak boleh berpisah. Sebab itulah kita digalakkan untuk memakai produk ‘sunblock’ atau ‘sunscreen’ setiap hari bagi menjaga kulit daripada sinaran UV matahari.
Pergi je mana-mana farmasi atau kedai drugstore seperti Watson atau Guardian, memang banyak sunblock yang dijual di pasaran mengikut kesesuaian kulit anda.
Pemakaian sunblock juga boleh melindungi seseorang daripada terkena kanser kulit.
Founder jual sunblock yang boleh diminum di Malaysia
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita dipercayai pengasas produk mempromosikan sejenis minuman dikenali sebagai ‘drinkable sunblock’ di mana sunblock yang biasanya dipakai pada muka kini boleh diminum.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok (sharifah.eleen), wanita berkenaan mendakwa produknya itu merupakan yang pertama di Malaysia dan boleh melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB selama 12 jam.
Pada masa sama, Sharifah Eleen menasihatkan penggunanya untuk tetap memakai sunblock meskipun sudah meminum produknya.
@sharifah.eleen Bestnyaaa sunblock boleh minum, protect kulit 12 jam dari uva & uvb. First in Malaysia! #drinkablesunblock #uva #uvb #sunburn #sunlove #oralsunblock
♬ الصوت الأصلي – عبدو تشان
Malah, dia turut mendakwa telah menjalankan kajian selama dua tahun dan hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa kandungan kimia di dalam produknya.
Orang ramai risau pengguna produk ini mengalami masalah buah pinggang
Menjengah ke ruangan komen video itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kerisauan terhadap kesihatan buah pinggang pengguna yang mengamalkan produk berkenaan.



Ramai yang memberi pendapat untuk menggunakan sahaja krim sunblock biasa berbanding meminum produk tersebut daripada membahayakan kesihatan buah pinggang.

Di sebalik perbalahan masyarakat tentang produk tersebut, ada juga yang sempat bergurau kononnya berharap akan ada ‘drinkable makeup’ pada masa akan datang untuk memudahkan urusan mereka.


Doktor kesihatan beri respon terhadap produk ‘drinkable sunblock’
Perkara ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, malah seorang doktor kesihatan juga memberikan respon terhadap produk berkenaan menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@drwanshare).
Doktor ini menjelaskan keberkesanan produk berkenaan tidak sehebat pemakaian krim sunblok terus pada kulit.
Malah, tiada juga kajian daripada doktor pakar yang mengesahkan keberkesanan produk seperti ini yang wujud di dunia.
@drwanshare DRINKABLE SUNSCREEN….#doktortiktok #dr1share #tiktokguru
♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE
Nasihat kami, nak sihat dan cantik biarlah kena dengan caranya.
Amalkan makanan yang tinggi kandungan nutrien dan kerap bersenam untuk kekal sihat luaran dan dalaman okay?
BACA JUGA: KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.